Monday, August 5, 2013

MAMAK MENANG.. diorang tak raya~



Assalamualaikum...

jarang aku mulakan entri dengan memberi salam en? hokeyy ingatan untuk diri sendiri jugak..
pasni pape pun bagi salam dulu..korang pon sama tauu..kan ke sweet camtu...contoh

aku taip ucap ''Assalamualaikum....awak tuuu...."
korang baca sambil balas dalam hati.. "Waalaikumussalam...cinta"

pffft....!!! malu kitewww~
sumber :  En.Google

ceghita dia pasal abah ngidam nak makan lamb chop..
maybe dah puas kot asyik makan lauk2 kampung n variety of kuih muih...
aku balik2 dari cuti pun..sabo jela tengok juadah iftar ni sume..
control control k nafsu tu control....

sejak semalam lagi, abah cakap nak makan lamb chop. masa tu kami kat kampung nenek. pusing satu pekan  cari kedai makan western..mana nak dapat..sate pon jadilah..
sekali takde sate lembu. (abah tak makan ayam). bedal jela sup tulang..janji daging lembuuu..

esoknya. (dah balik kl ..)

Late after when he come back home from Terawih..
he asking me to go 'mengeteh' (minum-minum) dekat luar.

Dari situ dah tau dah..so
just the two of us.. kakak keluar carik tudung raya dengan kawan dekat downtown.
mak pulak tak ikut busy jahit manik dekat baju raya.

lokasi tujuan kat Texas Steak House. sekali gulap gulita..balik raya kot.
pastu gi plak kat Gulai Panas. western habis. so then, we decided to pay only for the drink.
ronda pnya ronda cari western restoran.. kebanyakan kedai tutup malam hujung bulan puasa ni.

sekali teringat aku dulu pernah order fish n chip , share dengan kakak dekat mamak bistro.
kitorang pun gi jelah..
Abah look around searching for the hanging menus that written 'Western'.
as i told you, abah... kan ada...

aku lak order fish n chip (dandan lak lapar)
aku rasa gemuk gile kalau makan lewat2 macam ni..sahur minum air jelah gamaknya esok.


hmm..dalam kepala otak aku visualkan yang mana-mana mamak kat Malaysia ni serupa





p/s : secara peribadi. aku memang suka lepak kedai mamak ...

Thursday, August 1, 2013

Kami tak Ragging..

Dari bengkel. balik bilik solat zohor dulu dengan zara , singgah pejabat kolej kejap buat pengumuman pasal perjumpaan malam ni..
skripnya dah karang awal-awal dalam phone..

"Assalamualaikum..perhatian kepada pelajar AD118 seni halus semester satu hingga lima. Anda diwajibkan turun ke bawah Dewan Professional pada pukul 10 malam ini selepas terawih. Berpakaian sahsiah rupa diri berserta wang sebanyak rm15. Terima kasih. "

suara aku lah tu.
gagap lah juga certain-certain baris...kuikui

Lepas terawih kami turun awal..tak ramai yang ada.

"Fine Art ! Fine Art kumpul sini !"

kot-kot diorang berselindung dicelahan dinding yang kami tak nampak. Terus ramai lepas tu..
Perjumpaan malam tu bukan sekadar nak maklum berkenaan jamuan raya Department kami lepas cuti nanti..ada lagi yang senior-senior ni nak 'buat' .


senior
(bising)

junior
(senyap)


*ish ish ish

Semua dah kumpul. junior duduk. Senior  berdiri menghadap mereka. 

Cotek, selaku 'kepala' untuk jamuan raya tu nanti terus kedepan dan briefing pasal majlis nanti secara ringkas.
Habis explain. Senior-senior  memperkenalkan diri seorag demi seorang dekat junior-junior yang masih tak kenal senior-senior mereka sejak awal semester lagi.

Serba ringkas. cakap  nama nama ragging dan asal.

Nama ragging ?

semua dah settle. yang lain boleh balik. Part 1 kami TAHAN.

Botak macam biasa. buat suspen dia takut-takutkan junior. *gimik je lebih..
Niat kami bagi nama ragging bukan suka-suka bagi nama yang pelik-pelik sampai diorang tak suka.
.memang tradisi fakulti AD (art design) buat macam ni dekat freshie.
bukan apa...nak senang kami ingat diorang semua.kami ni dah tua..susah nak ingat nama.lagi-lagi kalau junior ramai. *tua sangaaat...~

seorang demi seorang kami panggil.. start dari yang lelaki...


Nobita dikesan kini sambung belajar di Uitm.
nama ragging  'Nobi'
Boroi bagi nama ni.


Senior perempuan handle junior perempuan.



 masing-masing pun dapat nama ragging jugak..



Kami tak ragging , tak denda apatah lagi menghukum.
Bergurau. dalam masa yang sama kita kenal antara satu sama lain.
Kalau ada ter serius, ter jerit, ter marah..tu semua nak kasi semua faham
motif perjumpaan ni diadakan.


Kalau nak diikutkan. Kami senior-senior sekarang ,kena lagi teruk dengan senior-senior kami sem-sem lepas. Tak sanggup nak cerita. -__-
Tapi last-last kami jadi kawan. Terlebih 'kawan' pun ada. alahai...


 jejak kasih. semua bahan mereka adik beradik.
*Oh ya. tu Aril..super senior kami. photographer malam tu .Diberi tugas oleh pensyarah untuk rakam aktiviti kami untuk montaj video senior.


Thanks semua untuk malam ni. jumpa lepas raya. Duit Rm15 jangan lupa bayar, kang tak dapat join jamuan tu nanti..haha



Friday, July 26, 2013

Mr. Vespa luka..




Darah merah pekat menitik-nitik jatuh ke lantai kuning bengkel catan.

Masing-masing terdiam. Termasuklah tuan punya jari.

Lepas tu ramai-ramai histeria. "SYAHMI !"

sorang berhenti berjalan. sorang tutup mulut. sorang pegang kepala (aku)
semua tahan nafas. Ramai-ramai berhenti bercakap.

Syah tolong kami. potong botol gam. botol plastik tebal.
Tekanan pisau menoreh benda alah tu mesti kena padu. sekali tersasar. terlajak ke tangan sendiri.

kedalaman luka tak pasti. tapi apa yang pasti ianya nampak SAKIT.

Syah muka biasa. bangun. lari sambil senyum pergi sinki. cuci

aku muka dah rasa macam takde darah bila tengok insiden ni. ngeri dia..

cepat-cepat aku cari wallet.

"Pergi tengok dia, Zahin !" Dila kata.

aku pun "oh..haa haa..."
sambil-sambil aku pun lari pergi keluar dari bengkel. sempat aku toleh jeling Syah kat sinki tu.

Aku tak pergi dekat dia.. aku lari naik kolej. beli handyplast kat koperasi.
 orang sekeliling tengok aku.

" Ada apa ye orang lari puasa-puasa ni?? " (suka hati aku je baca fikiran orang)

peduli orang fikir apa. sebab ada nyawa yang perlu aku selamatkan. TUDIA

sampai koperasi. cari-cari handyplast. jumpa. nak bayar termengah-mengah.

"Kak bayar kak... kak bayar~~ kak.." mugkin diorang tak layan suara orang semput.

Aku patah balik ke bengkel pun berlari.  
orang ramai tengok aku macam ada event 'Larian amal sempena Ramadhan Al-Mubarak'


Sampai-sampai je bengkel nampak Syah kat luar. siap pakai jaket. menuju ke motor.

dalam hati aku "Eh nak balik dah dia..? merajuk ke?"

Syah nampak aku. aku tanya nak pergi mana.

"Nak pergi UK jap"

(Unit Kesihatan yeh...)

Aku bagi handyplast tu kat dia. dia cakap terima kasih dan aku terus masuk bengkel balik.
tak berani nak lama-lama. serba salah ..

tuan punya vespa pergi UK daa...

Dalam kelas masing-masing masih bercerita insiden tadi. 
Masing-masing sambil mengecat kanvas, masih meluahkan rasa serba salah yang sama .

Aku kerat kanvas lebihan. Zara bagi kertas tak pakai.
aku lap darah Syah yang tadi menitik kat lantai.

Aku tengok dengan penuh tragis. macam ada kes pembunuhan depan mata.
aku pegang darah manusia lain~ 

dengan darah yang macam ni punya banyak padan lah dia pergi UK. macam dalam je. takut biar melarat bernanah pulak. adoi adoi.

Syah dah balik. aku tanya "Ok dah ke? kene jait tak?"

"Tak lah. Terbelah je"

Syah senyum.

Lega hati masing-masing.

*Terima kasih kawan, kerana membantu..
  Maaf kawan, kerana menyusahkan..
  Maaf semua, bahasa saya...melayu dia..~~.agak er..  indie ?

Monday, July 15, 2013

TERAWIH & BUKU LIMA.


Aku dan Ira langsung terus ke surau untuk menunaikan solat terawih pertama kami untuk tahun ini. Begitu juga buat seluruh umat islam.

Terngiang-ngiang keadaan saudara-saudara yang berada di Palestin.
Bagaimanalah keadaan mereka menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini. Semoga Allah sentiasa bersama-sama mereka begitu juga dengan umat islam yang lain di seluruh dunia.

Rasa teruja dan kagum melihat begitu ramai siswi yang turun bersama sehingga jemaah terpaksa berada di luar surau. Termasuklah kami. Angin sepoi-sepoi menemani. Memberi kami selesa dan nyaman. Alhamdulillah.

Kami mencari tempat. Tikar juga sudah dipenuhi. Untung kami bawa sejadah bersama, dapat lah juga beralas diatas jalan tar yang masih basah dek kerana hujan petang tadi.

Dari kalangan siswi yang ramai. Disebelah aku seperti ada orang menyebut-nyebut nama aku. Aku pun berpaling.

Su dan Zaimie rupanya. Salam dihulur. Mereka tidak melepaskan genggaman.

“ Busyuk lah dia..mandi ke tak ni...nak bau syikit...”

Aku membuku lima kepada mereka kerana kata aku tak mandi lagi. Memang betul pun.

Namun Zaimie yang masih menggengam tangan terus mendekati wajahku dan melaga pipi ke pipi. Oh.. ini rupanya niat kalian.
Salam ukhuwah sunnah seorang saudara islam terhadap muslimat yang lain.
Aku senyum tersipu-sipu  malu dengan usikan mereka.
 Rasa khilaf  menyelubungi kerana aku agak kasar membuku lima kepada mereka.

Ya, memang aku busuk. Manusia selalu menyalah tafsir tanpa usul.
 Terima kasih kerana menyedarkan aku.
Selamat menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini ya wahai rakan-rakan seKomanderku...

Malam itu tenang. bermunajat memuji nama Ilahi.






KURANG ITU CUKUP...


Menikmati burger tanpa roti.

Ya, Cuma daging..daging ayam tapi dua keping..

Mayonis tanpa sos dan serpihan sayur yang tidak bercarrot.

Cuma timun dan kobis.

Abang burger sila diam. Geleng-geleng kepala cukup.

 Ira baru masuk. Terduduk. Mengah mencari nafas. Mengipas-ngipas muka dengan tangan. Baru sahaja balik dari mengangkat barang di stor.

Amaran sudah mari tadi pagi. Stor harus dikosongkan.

Kami harus pungut barang masing-masing di stor.  Ayat “bilik masing-masing” akan terus digunakan sampailah hujung semester.

Kempunan lah nak berbilik sama.

Al-kisah dibilik aku sendiri, bukan aku tak suka dengan roomate junior. Mereka ok.
Cuma secara teknikalnya, fasiliti seperti katil yang berbunyi-bunyi setiap kali aku turun dan naik atas dia.

Krekk kriikkk krakkk!!!

Disebabkan aku empunya katil atas. Kasihan orang bawah sampai terjaga dek bunyi katil yang memekik sakit bila aku panjat naik turun atas dia.

Mengesot sudah, berguling pun sudah, melompat pun lagi sudah..
Macam-macam stail aku dah buat asalkan kau diam,Katil..

Kipas. Bilah-bilahnya jelas dapat dilihat dikira satu persatu. Menunjukkan betapa tak lajunya ia. Tetamu datang cakap kipas kami mungkin habuk penuh.

Nak kata macam tu..tapi macam kipas bilik korang hari-hari bersihkan? Laju juga dari kipas kitorang.. tak kisah lah asal berfungsi syukur nikmat..

Jadi, aku lebih selesa tidur dibilik member. Walaupun tidur dibawah lantai. Tapi aku tak kisah semua tu. Gembel je. Diorang pun tak kisah walaupun tak sampai hati. Lagipun..

“aku tak boleh tidur tanpa korang”

Sebab aku lebih selesa dengan apa yang kurang berbanding

aku ada yang lebih baik tapi tak berguna.

PON BOLEH...


Tak dapat kereta sewa , kami ke pekan dengan ‘tenggiling’ je.
Beli nombor pin MUET, tiket bas balik raya, bekalan makanan untuk bersahur.
Jauh kitorang pusing dari stesen bas ke pasaraya ke bank dan banyak tempat lagi.
Tapi atleast apa yang nak dibeli , dapat . Barang yang tak dirancang  pon dapat.

Macam sayur kangkung........hmm

Kisah ketika di Pasaraya,
Masuk-masuk je ke bahagian makanan basah. Ira jerit “Zahin, kau tak nak ke ada kangkung tiga ikat lapan posen!”

macam mana aku boleh tak dengar ada annoucement jualan murah sayur-sayur.

“ Tapi macam mana nak masak?” aku tanya.
“emm..pakai lah heater aku..rendam ngan air panas.” Ira kata.

Aku pun angguk setuju-setuju. Terus ambik bakul letak sayur kangkung yang memanjang tu.

Bakul nampak kosong. Sekali nampak frozen food. Ambil sosej. Pergi jalan sikit nampak mayonis.Jalan sikit lagi nampak tuna. Depan lagi nampak roti. Kalau combined semula sekali baru lah PERFECT MATCH.

Ketika di bilik,
Air dipanaskan. Sayur kangkung direndam.

“tahan lama tak eh?”
“kena makan cepat lah..kalau tak layu nanti.”

Aku dan ira ‘berbekwoh’ memetik sayur kangkung dibilik. Mengekek kami gelak. Al-maklum lah first time buat kerja-kerja ini macam. Cuci sayur kat tempat wudu’ . nasib baik orang tak ada. Segan dia lain macam.
Ketidakbolehblahan dia memang stylo.

Air ready panas. Sayur rendam dalam mangkuk. Tunggu agak-agak sampai lembut. Sosej, mayonis, tuna campur semua dengan kangkung tadi. Cantik.
Mari makan.

“ lek amik gambar lu..” .Masing-masing keluarkan henpon.
“Instagram~~~” .mengekek dengar.
“food porn”  .bantai gelak.
“ Sayur kangkung Western Style” .lagi bantai gelak kuat-kuat.


Monday, July 1, 2013

MIMPI DALAM BAS

Sejak  solat sunat minggu lalu..

Memohon petunjuk Allah untuk masa hadapan..

Aku tak didatangi mimpi apa-apapun..

Sehingga sampai malam kelmarin ketika aku dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Kelantan.

Pagi buta yang sejuk selepas hujan..
Dinginnya buat aku terlelap tanpa paksaan walaupun sedaya upaya aku cuba menahan,

Takut terlepas lokasi. Tapi gagal, aku tidur juga.

Dalam mimpi, aku didatangi seorang lelaki tidak dikenali menegur aku dari jauh.

Tercungap-cungap dia mengejar aku.

Kami berpenampilan formal, masing-masing sepertinya bekerja didalam tempat kerja yang sama. Aku berbaju kurung, dia berkemeja biru lembut lengkap bertali leher dan berkasut bally hitam. Kemas.
Rambut cokelatnya rapi disisir ketepi. Tingginya sedang-sedang berbadan tegap. Bercermin mata.
Wajahnya ala kacukan Arab berhidung mancung.

Tempat kerja kami pelik. Reka bentuk moden dan canggih .

Berdinding kaca dan berada ditengah-tengah taman burung gergasi.
Burung-burung yang besar , jinak dan cantik. Ada masa aku melawat burung-burung itu dan memberi mereka makan.

Soal lelaki itu tadi. Sejak aku mula bekerja disitu dia sudah mula memerhati diam-diam.
Cuma dari saat itu dia mendatangi aku dengan sebegitu berani menegur dari jauh.
Aku hanya membalas senyumannya dan dia bertanya aku mahu kemana ?

Aku menjawab aku mahu ke pulang ke kampus..


PAP!

Aku terus tersedar. Aku tak sepatutnya  tidur dalam bas....!

Entah siapa-siapalah yang aku mimpikan....



(harap bukan siapa-siapa)