skripnya dah karang awal-awal dalam phone..
"Assalamualaikum..perhatian kepada pelajar AD118 seni halus semester satu hingga lima. Anda diwajibkan turun ke bawah Dewan Professional pada pukul 10 malam ini selepas terawih. Berpakaian sahsiah rupa diri berserta wang sebanyak rm15. Terima kasih. "
suara aku lah tu.
gagap lah juga certain-certain baris...kuikui
Lepas terawih kami turun awal..tak ramai yang ada.
"Fine Art ! Fine Art kumpul sini !"
kot-kot diorang berselindung dicelahan dinding yang kami tak nampak. Terus ramai lepas tu..
Perjumpaan malam tu bukan sekadar nak maklum berkenaan jamuan raya Department kami lepas cuti nanti..ada lagi yang senior-senior ni nak 'buat' .
![]() |
senior (bising) |
![]() |
junior (senyap) *ish ish ish |
Semua dah kumpul. junior duduk. Senior berdiri menghadap mereka.
Cotek, selaku 'kepala' untuk jamuan raya tu nanti terus kedepan dan briefing pasal majlis nanti secara ringkas.
Habis explain. Senior-senior memperkenalkan diri seorag demi seorang dekat junior-junior yang masih tak kenal senior-senior mereka sejak awal semester lagi.
Serba ringkas. cakap nama , nama ragging dan asal.
Nama ragging ?
semua dah settle. yang lain boleh balik. Part 1 kami TAHAN.
Botak macam biasa. buat suspen dia takut-takutkan junior. *gimik je lebih..
Niat kami bagi nama ragging bukan suka-suka bagi nama yang pelik-pelik sampai diorang tak suka.
.memang tradisi fakulti AD (art design) buat macam ni dekat freshie.
bukan apa...nak senang kami ingat diorang semua.kami ni dah tua..susah nak ingat nama.lagi-lagi kalau junior ramai. *tua sangaaat...~
seorang demi seorang kami panggil.. start dari yang lelaki...
![]() |
Nobita dikesan kini sambung belajar di Uitm. nama ragging 'Nobi' Boroi bagi nama ni. |
Senior perempuan handle junior perempuan.
Kami tak ragging , tak denda apatah lagi menghukum.
Bergurau. dalam masa yang sama kita kenal antara satu sama lain.
Kalau ada ter serius, ter jerit, ter marah..tu semua nak kasi semua faham
motif perjumpaan ni diadakan.
Kalau nak diikutkan. Kami senior-senior sekarang ,kena lagi teruk dengan senior-senior kami sem-sem lepas. Tak sanggup nak cerita. -__-
Tapi last-last kami jadi kawan. Terlebih 'kawan' pun ada. alahai...
![]() |
jejak kasih. semua bahan mereka adik beradik. |
Thanks semua untuk malam ni. jumpa lepas raya. Duit Rm15 jangan lupa bayar, kang tak dapat join jamuan tu nanti..haha
Uitm shah alam ke?
ReplyDeleteUitm Kelantan :)
ReplyDeletekan bagus kalo dapat buat lagi sekali.
ReplyDeletese sem sekali je miz ayien..huhuhu
ReplyDelete