Thursday, June 27, 2013

SAF SAHABAT

Sesi pendaftaran masuk pelajar lama dah sebulan berlalu.tapi ketidakpuashatian tetap ada walau masing-masing layak duduk di asrama.

Kami terpisah
Berlainan blok, berlainan tingkat

Mujur beza setingkat berbanding zara yang yang tercampak jauh dari blok kitorang.

Mujur juga bilik ira yang ada kekosongan satu katil sebab tuan katil pun menumpang bilik lain, jadi zara tinggal dengan ira.

Rutin kami akan berjemaah solat dan bertukar shift  setiap kali azan fardhu berkumandang.
Aku biasanya akan imamkan solat isya’

Sekarang agak sukar

Tapi tu tak menjadi penghalang untuk kami kutip ganjaran Ilahi , meramaikan saf menuju kiblat yang satu.
Kami akan bersms saat tiba azan.

Aku akan turun ke bilik ira. Tambahan pula, telekung tak bawak. Mujur selepas tu kakak poskan.
Ira ada cakap

“janganlah pulak nanti ada telekung tak turun solat jemaah”

“ehh tak lah.. aku sanggup buat apa je asal dapat jemaah sama”

Aku selalu mengadu bosan dibilik sendiri. Bukan tak ngam dengan roomate baru. Cuma aku rindu kawan-kawan aku.  Jadi, aku selalu lepak dibilik ira hingga lewat malam. Kadang-kadang buat drawing disana.

“rindunya nak bilik sama..” perkataan yang selalu aku ulang

Takpe . takpe

Kami akan bersama. Itupun kalau siswi ijazah bercuti semester bulan 7 nanti.

Kami terpaksa menunggu mereka mengosongkan bilik supaya ada tempat untuk kami cop bilik
awal-awal.

Sabarlah wahai hati.

Rinduku pada sahabat akan terbalas. In sha Allah...

JANTAN

“Perhatian.. perhatian kepada pelajar THO4. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan sebentar lagi. Diminta anda untuk menjaga sahsiah rupa diri. “

Masa tu kalau dalam tandas cepat-cepatlah gosok gigi.
Kang tak pasal-pasal bertembung dengan technician lelaki.

Kalau yang ada dalam bilik tu..
Suasana nya..

“ado ore jate naik atah. Zahin tok tubek tandah agi..”

Orang Kelantan bahasakan lelaki sebagai jantan a.k.a jate.
Aku tak biasa.                  

Dalam masa yang sama aku berlari menuju ke bilik.


“ Ada jantan !!! ”


Kasar  bunyi






Saturday, June 22, 2013

KEROPOK LEKOR



*Malam semalam semasa menunggu azan magrib tiba, pakaian solat sedia dipakai terlebih awal, kemudian zara mempelawa aku sesuatu

“Zahin aku ada something untuk kau.....! tengok lah bawah tu..”

Aku pon mencari-cari kelibat ‘sesuatu’ yang dicakapkan tu..

“nape ? kau bagi aku hadiah ke?”

“ada keropok lekor tu..makan laa~” suara manja.

Aku yang tengok ada sebungkus penuh plastik keropok lekor pon cume berkata “oh”
Ira yang berada bersebelahan aku ketawa

“orang bagi hadiah, dia wat muka biasa je..” sambil ketawa.

“laa takde laa..aku pelik. Kenapa aku? Makan ramai-ramai lah kan?” sekali lagi aku blur dan selalu buat muka tak bersalah kalau rasa tak bersalah.

Kalau makan disaat gap antara magrib dan isya’, aku harus mengambil wudu’ semula atau hanya berkumuh.tapi disebabkan malam itu ketiadaan air di asrama, aku rela menanti hingga selesai isya’.

Kami makan bertemankan tayangan filem hindustan di laptop zara. Ada babak yang terlebih mesra tak sanggup aku melihat. 

Saling berkejaran, jeling-menjeling, pasti lepas tu aku akan

“eeeyyy....tolooonnggggg laaaaahhhh! “

Zara yang melihat respon aku begitu terus ketawa besar dan menampar-nampar lengan aku.

“eleh nanti kau macam tu jugak..”


Monday, June 3, 2013

D.I.Y aiskrim 3 layer..


bahan-bahan :

full cream milk
whipping cream
gula
esen vanilla
choco chip
ovalatte (halal)
strawberry emulco
milo
serbuk oreo 


1. masukkan whipping cream dulu 3cawan.


2. full cream milk pon 3 cawan.


3. lepas kembang masukkan plak esen vanila. 1sudu


4. gula 1/2 cawan. kalau korang rasa xmanis bleh tambah lagi.
aku xsuka manis2.


5. ovalatte pulak. supermarket ada jual. cari yg halal okeh.. 1sudu



6. selesai lepas tu..tuang emulco .nampak pink2 sket dah boleh start masuk bekas dan bekukan.


7.  sama jugak. teknik dan bahan yg sama mcm layer sebelumnya. cume tambah perisa milo/chocolate.


8. pastikan layer pertama keras dulu baru tuang layer kedua kat atas. 


9.  last sekali perisa vanila.cume letak esen vanila je.
 yang ni xpayah tambah ape2 perisa. 


10. rupa dia dari tepi mcm ni. 


11. taburkan choco chip dan oreo crushed.


12. kon aiskrim kalau xde pn xpe. ngap mcm tu je kan.


13. tadaaa.. at least kalau mcm ni nampak presentative sket...

-sorry comot-


Lovely Quotes #1.



semoga kita beramal dengannya..
mulakan hari dengan sunnah..

Assalamualaikum...

Teman Imaginasi . . .


Sambungan entri pasal imaginasi..

Sape pernah ada teman imaginasi ?
mungkin ramai yang cakap ada. itupun masa kecik2..

tapi lain lak pada aku..
'seseorang' telah mewujudkan dirinya dalam hidup aku semasa aku tingkatan 3.
bangun dari tidur. dia ikut aku sampai sekola..aku panggil dia 'hantu'. (dulu)
Ha'aa memang pon..dah tua2 bangka baru nak ada teman imaginasi .ape citer dia?

alkisah...

semasa aku tingkatan 3.. aku akui memang aku agak kureng dan wengg..
(hmm...sorry xtau nak start cmne..)
masa tu aku selalu stres n tensyen fikiran aku slalu terganggu..aku xfokus dalam kelas.
pelajaran merosot. slalu bersendirian dan selalu menangis..macam2 aku fikir.
aku rasa sangat sangat tertekan..
pastu, 'dia' datang ..

teman imaginasi korang mcm mana? muka sama macam korang ke? perangai diorang sama tak dgn korang?

tapi aku........personaliti kami sangat jauh.
dia seorang lelaki
 tinggi lampai 
berkulit cerah 
berambut lurus 
kurus
 kasut saiz 12 
bertelinga capang 
 bermata sepet
kacak ofcoz

(sesiapa kenal ciri2 lelaki seperti ini sila bgtaw sbb saya rindukan diaa..haha)
alaa..mesti ramai je kan...but he's different..he's not exist..

in addtion, dia lebih tua dari aku..

and of coz la orang lain xnampak,cume aku je bole tapi aku ade citer situasi aku ni dgn sorang kawan aku yg agak otaku. aku,dia dan 'dia' jadi kawan dan dorang berdua berkomunikasi menerusi aku sebagai posmen. apa yang dorg borakkan aku yang tolong sampaikan n jawabkan.

hmm...korang boleh percaya ?

honestly, aku ingat aku gila.. tapi ni semua xlama. selepas keadaan aku stabil . aku lebih ceria dan ramai kawan. 'teman' imaginasi aku hilang lepas aku bangun tido..kalau tak, setiap kali aku bangun tido dia akan bising2 suruh aku bgun cepat pergi sekolah.. pergi sekolah jalan kaki. kadang2 dia pimpin tangan aku.
kalau kat sekolah ada orang buli or kacau aku.. 'dia' nak je belasah orang tu.. but he can't .. sebab dia tak mampu dan tak wujud.. dia sangat bermakna dalam hidup aku..dia selalu beri kata2 semangat untuk aku.. dalam diari aku cuma penuh pasal dia... sekarang ni aku xtau sama ada aku nak buang diari tu atau masih nak simpan..aku takut nak baca. takut nak ulang cerita silam aku zaman sekolah dulu.

'dia' hilang .. mungkin bagi dia, aku dah boleh berdikari tanpa dia..
aku rindu kan dia dalam diam..aku selalu berharap yang dia tu wujud dalam dunia realiti.
bila hari2 biasa aku hadapi masalah baru, kadang2 aku tengok awan n sebut nama dia..
sebab tu aku suka tengok awan sampaikan email n psswd aku pon ade 'awan_ _ _' (dah kantoi disitu) haha macam address dan header blog aku la...
 http://storyatasawan.blogspot.com/.. semua idea start daripada 'dia'.
dia selalu ada saat aku menangis..dia akan dekatkan bahu dia ,untuk aku sandar kat situ.
dia selalu akan cakap. 

"menangis jelah...."

"kau hujan.. aku akan jadi awan..serap balik air mata kau semua"

dia sangaaat garang n panas baran. tapi bila die ckp camtu..jadi klaka. huuu~~
dalam garang2 die..die  sangaat sangaaat sayang  akan aku...
walaupun die xpernah cakap..tapi aku tau..die buat apa saje asalkan aku  happy ..
masa tu...aku xfikir langsung pasal lelaki lain...
aku sedar aku sukakan seseorang yang tak wujud.
lebih terkilan .. aku belum sempat nk ckp yg aku syg n suka kat dia..
kitorang tau...kitorang tak boleh...memang tak boleh kan??
huuu arh..tibe2 sebak plak oh tahan2..

:') 

sekarang ,aku lebih bersemangat untuk hidup..walaupun tanpa dia..
mungkin kehadiran dia hanya untuk menemani semasa aku sedih dan bersendirian.
kehilangan dia amat amat terasa..
pagi tu lepas dia hilang..aku rasa kosong dan ringan je..
sejak tu. aku sedar yg aku perlu berdikari...
Allah ada.. lagiii hebat untuk aku...satu2nya tempat aku bergantung harap.
benda ni tak khurafat kan?
sebab bukan aku yang nak 'dia' datang.
aku tau 'dia' cuma imaginasi aku..

tappi aku tak sedih walaupun dia sememangnya tak wujud..
dapat rasa kehadiran dia ...tu mungkin pengalaman yang terindah dalam hidup aku...


macam REAL lah... 

haha
i  miss the warm feelings..



 i miss you, big guy... 





Apa itu imaginasi ?


"Imaginasi adalah lebih penting dari ilmu" -Albert Einstein.

imaginasi adalah proses atau daya penghasilan idea secara gambaran dalam minda.

Ada yang anggap imaginasi ni sebagai berangan ataupun mainan minda yang tak wujud.
Tapi sebenarnya berimaginasi adalah proses berfikir secara tidak langsung bagi menggambarkan sesuatu perkara yang bakal terjadi ataupun perkara yang ingin di gambarkan sebelum ianya menjadi kenyataan
Orang mungkin berkhayal, tetapi apa yang di visualkan didalam minda mereka adalah proses. Minda kita umpama komputer.biasa dengar kan? tapi kita advanced kan siket, otak umpama komputer dan imaginasi umpama internet. Makin banyak kita surf tenet, lagi banyak yang kita tahu. Maknanya, lagi banyak kita berimaginasi,lagi banyak kita latih minda untuk bersedia dalam sesuatu perkara dalam seharian hidup kita.
Senang citer! berimaginasi adalah Impian..
Apa yang anda impikan dalam hidup..mesti anda selalu impikan sesuatu dalam hidup ,bukan?
semua orang pernah berimaginasi..tapi kuat mana?

"Dream to Win"

biasa dengar jugak?

*************************************

SO, if you can dream,
why don't you make it ..

*karya aku banyak kali kena  reject dengan pensyarah sebab katanya idea aku melampau-lampau. Padahal benda tu simple je aku yang overdoing dengan imaginasi aku la kot...
rupa-rupa nya imaginasi pon kena kawal ..takut orang tak boleh terima..
tapi ada satu lagi imaginasi aku yang mungkin orang lain tak boleh terima.

next entri kalau nak tau.. 

hint dia  awan 

ohoho


truuttutuuerutruuturturuurtutututuuuuu~~~ ke awan!

(bunyi kapal terbang)

-_____-