Saturday, June 22, 2013

KEROPOK LEKOR



*Malam semalam semasa menunggu azan magrib tiba, pakaian solat sedia dipakai terlebih awal, kemudian zara mempelawa aku sesuatu

“Zahin aku ada something untuk kau.....! tengok lah bawah tu..”

Aku pon mencari-cari kelibat ‘sesuatu’ yang dicakapkan tu..

“nape ? kau bagi aku hadiah ke?”

“ada keropok lekor tu..makan laa~” suara manja.

Aku yang tengok ada sebungkus penuh plastik keropok lekor pon cume berkata “oh”
Ira yang berada bersebelahan aku ketawa

“orang bagi hadiah, dia wat muka biasa je..” sambil ketawa.

“laa takde laa..aku pelik. Kenapa aku? Makan ramai-ramai lah kan?” sekali lagi aku blur dan selalu buat muka tak bersalah kalau rasa tak bersalah.

Kalau makan disaat gap antara magrib dan isya’, aku harus mengambil wudu’ semula atau hanya berkumuh.tapi disebabkan malam itu ketiadaan air di asrama, aku rela menanti hingga selesai isya’.

Kami makan bertemankan tayangan filem hindustan di laptop zara. Ada babak yang terlebih mesra tak sanggup aku melihat. 

Saling berkejaran, jeling-menjeling, pasti lepas tu aku akan

“eeeyyy....tolooonnggggg laaaaahhhh! “

Zara yang melihat respon aku begitu terus ketawa besar dan menampar-nampar lengan aku.

“eleh nanti kau macam tu jugak..”