Monday, July 1, 2013

MIMPI DALAM BAS

Sejak  solat sunat minggu lalu..

Memohon petunjuk Allah untuk masa hadapan..

Aku tak didatangi mimpi apa-apapun..

Sehingga sampai malam kelmarin ketika aku dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Kelantan.

Pagi buta yang sejuk selepas hujan..
Dinginnya buat aku terlelap tanpa paksaan walaupun sedaya upaya aku cuba menahan,

Takut terlepas lokasi. Tapi gagal, aku tidur juga.

Dalam mimpi, aku didatangi seorang lelaki tidak dikenali menegur aku dari jauh.

Tercungap-cungap dia mengejar aku.

Kami berpenampilan formal, masing-masing sepertinya bekerja didalam tempat kerja yang sama. Aku berbaju kurung, dia berkemeja biru lembut lengkap bertali leher dan berkasut bally hitam. Kemas.
Rambut cokelatnya rapi disisir ketepi. Tingginya sedang-sedang berbadan tegap. Bercermin mata.
Wajahnya ala kacukan Arab berhidung mancung.

Tempat kerja kami pelik. Reka bentuk moden dan canggih .

Berdinding kaca dan berada ditengah-tengah taman burung gergasi.
Burung-burung yang besar , jinak dan cantik. Ada masa aku melawat burung-burung itu dan memberi mereka makan.

Soal lelaki itu tadi. Sejak aku mula bekerja disitu dia sudah mula memerhati diam-diam.
Cuma dari saat itu dia mendatangi aku dengan sebegitu berani menegur dari jauh.
Aku hanya membalas senyumannya dan dia bertanya aku mahu kemana ?

Aku menjawab aku mahu ke pulang ke kampus..


PAP!

Aku terus tersedar. Aku tak sepatutnya  tidur dalam bas....!

Entah siapa-siapalah yang aku mimpikan....



(harap bukan siapa-siapa)