Saturday, June 29, 2013

Omelette .



bangun pagi. solat. mandi.
lapar.
buka peti . nampak telur.
letak kuali atas dapur.
ambil papan pemotong dan pisau.
buka peti tingkat kedua.
jumpa..
cendawan shitake. kacang panjang. sawi. timun.
cendawan lebih..
pecahkan telur dalam mangkuk.
potong sayur dadu-dadu .
campak masuk semua.

berhenti.

sayur menggunung.
dasar tak nampak .
telur ?

teruskan kacau.

goreng.
minyak saja tak letak.
melekat.
kacau tanpa henti.

siap. hidang.

bawa makan depan tv.

mak tanya.  '' masak apa? ''

aku
tengok piring.


'' Cendawan telur ''




Tiny omelettes!  From The Guardian
not mine
 -____-

Selamat pagi, semua..


Thursday, June 27, 2013

SAF SAHABAT

Sesi pendaftaran masuk pelajar lama dah sebulan berlalu.tapi ketidakpuashatian tetap ada walau masing-masing layak duduk di asrama.

Kami terpisah
Berlainan blok, berlainan tingkat

Mujur beza setingkat berbanding zara yang yang tercampak jauh dari blok kitorang.

Mujur juga bilik ira yang ada kekosongan satu katil sebab tuan katil pun menumpang bilik lain, jadi zara tinggal dengan ira.

Rutin kami akan berjemaah solat dan bertukar shift  setiap kali azan fardhu berkumandang.
Aku biasanya akan imamkan solat isya’

Sekarang agak sukar

Tapi tu tak menjadi penghalang untuk kami kutip ganjaran Ilahi , meramaikan saf menuju kiblat yang satu.
Kami akan bersms saat tiba azan.

Aku akan turun ke bilik ira. Tambahan pula, telekung tak bawak. Mujur selepas tu kakak poskan.
Ira ada cakap

“janganlah pulak nanti ada telekung tak turun solat jemaah”

“ehh tak lah.. aku sanggup buat apa je asal dapat jemaah sama”

Aku selalu mengadu bosan dibilik sendiri. Bukan tak ngam dengan roomate baru. Cuma aku rindu kawan-kawan aku.  Jadi, aku selalu lepak dibilik ira hingga lewat malam. Kadang-kadang buat drawing disana.

“rindunya nak bilik sama..” perkataan yang selalu aku ulang

Takpe . takpe

Kami akan bersama. Itupun kalau siswi ijazah bercuti semester bulan 7 nanti.

Kami terpaksa menunggu mereka mengosongkan bilik supaya ada tempat untuk kami cop bilik
awal-awal.

Sabarlah wahai hati.

Rinduku pada sahabat akan terbalas. In sha Allah...

JANTAN

“Perhatian.. perhatian kepada pelajar THO4. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan sebentar lagi. Diminta anda untuk menjaga sahsiah rupa diri. “

Masa tu kalau dalam tandas cepat-cepatlah gosok gigi.
Kang tak pasal-pasal bertembung dengan technician lelaki.

Kalau yang ada dalam bilik tu..
Suasana nya..

“ado ore jate naik atah. Zahin tok tubek tandah agi..”

Orang Kelantan bahasakan lelaki sebagai jantan a.k.a jate.
Aku tak biasa.                  

Dalam masa yang sama aku berlari menuju ke bilik.


“ Ada jantan !!! ”


Kasar  bunyi