Saturday, May 18, 2013

sayur lover




( panda makan buluh tapi gemok jugak.. hehe ) 

                                   
aku bukan lah seseorang yang cerewet bab makan.cuma aku suka sayur.
aku bukan vegetarian cuma aku suka sayur.
 sampai kawan2 aku sendiri cakap



"Senang gila nak bela kau...makan sayur je...."



haha hebat xhebat la aku kan...sampaikan kawan aku yang xreti makan sayur tu boleh tabik spring kat aku untuk record makan sayur 24jam pon aku boleh hidup. Jangan nanti aku dapat suami yang jenis tak makan sayur pastu kena plak masak ikut sedap tekak aku..
kesian awak encik suami..haha 
xde la sampai camtu....
aku bukan jenis cerewet makan apatah lagi ada alahan dgn makanan ..aku still boleh enjoy makan lain. cuma kali ni aku fokus kat sayur je. aku disarankan agar tak makan makanan yang tertentu sebab ade masalah kesihatan sket.


 ****************************




Manfaat sayur untuk kesihatan.
  • Karbohidrat didalam sayur merupakan sumber tenaga .
  • Asid amino dan asid lemak merupakan zat gizi yang sangat diperlukan tubuh untuk semua reaksi kimia yang ada didalam tubuh sampai tingkat sel.
  • Vitamin dan mineral membantu berjalannya metabolisme dalam tubuh serta meningkatkan daya tahan tubuh serta meningkatkan stamina.
  • Serat membantu melancarkan pencernaan .
  • Antioksidan mencegah radikal bebas  masuk kedalam tubuh.
  • Fitonutrisi berfungsi sebagai ubat semulajadi pada sayuran untuk segala macam penyakit.
  • Enzyme membantu mencerna makanan supaya dapat diserap dengan sempurna oleh tubuh.
  • Probiotik merupakan bakteria baik yang berfungsi menjaga kesihatan saluran pencernaan.


-abah looks younger in doodle-

so,  lebih selesa dgn makan sayur sebagai langkah berjaga-jaga.Besides, sayur kan bagus tuk kesihatan n lebih jimat. kat kolej waktu lunch aku salu lebihkan lauk sayur n amik seekor ikan or telur.
aku xleh makan ayam. ape logik nya ayam ni xtau la mungkin ayam2 skrg ni gemokgemok sebab byk bahan kimia ..tapi aku bedal je kdg2..even abah pon xmakan ayam dah skg..so, lagi semangat lah sbb ada geng.  disebabkan abah tahu yang anak die sorang ni xboleh makan mcm2. abah pon beli banyaaak banyyaaaak banyakk sayur..huwaaa
ku lihat hijauuuuuuuuuu......................


err....nak masak camne ek?




Wednesday, May 15, 2013

tengok awan, story sket cuaca hari ni..?

Peralatan yang anda mungkin perlukan ketika outing.
Cuaca sekarang ni memang tak menentukan..
petang hujan, malam panas..ada yang sampai tak boleh tido..
nak wat macam mana...kuasa Tuhan :)

Nasihat kepada korang semua di saat cuaca hari ini:

1. Minum air masak banyak2. 
2. Jauhi minuman berkafein n beralkohol (mmg taklah kan) nanti dehidrate.
3.  air mineral, teh herba, jus boleh segarkan badan.
4. Jangan main panas. nanti pengsan sape nak ngangkut?
5. Kurangkan high protein food nanti suhu badan anda tinggi. ex: diet Atkins.
6. Pakai baju terang2. mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari.
7. Jangan bagi budak-budak forever alone dalam kereta lama2. sesak nafas t.
8. Spare kain lap dalam kocek tu k. lap2 peluh .



btw, setiap perkara terjadi ada HIKMAHnya....ye dakk?





********************************************************
Allah beri kemarau, agar datangnya hujan
Allah beri hujan, agar datangnya pelangi

********************************************************

Trip ke terengganu..

 storyatasawan.blospot.com//follow/

Cuti Semester yang panjang dah start sejak bulan lepas. Tapi cuti xbermakna cuti, 10 days after plak aku kene pergi Ganu atas ajakan pensyarah sebab aku terpilih untuk ikuti bengkel lukisan untuk students STPM di Kem Kembara,Setiu,Terengganu.

Kena jadi Fasi. So, aku pk pk pk why not pergi daripada dok rumah xbuat apa..so dari kl-Terengganu..
Masa tu pilihan raya tau so memang keliling negeri tu penuh bendera2 parti buat sculpture kete kebal la, roket la mcm2.haha xsempat nk snap coz pokcik bawok lajuu..

sampai-sampai je ke homestay..kami disambut oleh Cikgu Saini,dia cikgu seni yg sangaaaat lah sporting.. rupa2nya dia tgah amik pHD skg..walaweeeyyy...pelik jugak nape xjadi lecturer? die ckp dia tak minat.dia selesa jadi cikgu biasa..n sebab2 lain aku xpasti la ape...


tu chalet yang aku duduk dgn zatey. klasik tak?


pantai memanggil-manggil..sat naa ada briefing....

storyatasawan@blogspot.com
       
e'eyh...ada si comel tgah usyar shaye....
tour guide kot..maybe jugak pengawal pantai.....kawaii :3


huaaah....breathtaking.......
mcm menang baucer percutian selepas berhempas pulas dari semester yang menggila..

storyatasawan@blogspot.com

bersihnyaaaaa.......berlari-lari anak best jugak ni sambil nyanyi lagu
 "di tepi pantai yang indah...tarakuchachacha...." 
errwwwww....



once i TERstep on them . 'crack' sound happened...feels like i'm gonna to cry.. ssSORRY!! 

                           
Effy kemetot..he's joining me with the rest..
(sedar tak sedar dah gelap pon..)

berkampung 3hari 2 malam..1st night ceramah..2nd night karaoke..(diorang2 tu je join)
on the next day..

storyatasawan@blogspot.com

antara aktiviti melukis still-life drawing..lukis benda di sekelling pantai.


setiap petang ada sukaneka..tengah2 baju putih tu pensyarah kami, En.Sarman. macam student jugakkan? huhu comel2 je orangnya..


meow ni pulak ketua chef..sebab dia selalu ada kat dewan makan.(makan semuanya pelajar2 yang masak sendiri tau..bagusnya.)
nampak tak jari-jari meow tu ade berapa? dia ade 6 jari tau..kaki depan n belakang.

-close up-
                           

aku xtau nama game ni ape tapi aku panggil dia bola bulat yang besar je. (tak komersial langsung..sorry lah kepada pencipta bola ni) alaa yang orang duduk dalam dia tu main atas air golek2 mcm hamster.. pehhh penat jahh habis lanyak dah masing2 kena dalam ni.. best sgt ..first time try :D


*Sekian itu saja...terima kasih kepada pihak SMK Menerong, Terengganu kerana sudi  menerima kami   untuk bengkel lukisan ni..esoknya pulak diorang dan-dan ada exam seni gudluck semua.harap apa yang diajar dapat diguna dalam lukisan. 

Tuesday, May 14, 2013

Jom buat ' DIY MEMORABLE DRAWING '


Assalamualaikum..entri kali ni  nak kongsi ilmu dalam teknik-teknik dalam lukisan. Berikut adalah step2 ringkas bagi mereka yang nak buat  kelainan pada lukisan agar nampak lebih menarik dan yang penting bermakna untuk diri sendiri..
(skema sgt ke ayat)

ok kita proceed ke step pertama.

  1. cari  gambar2 (objek/apa saja) yang bermakna bagi anda sebanyak yang mungkin.
  2. Sediakan sebanyak mungkin media campuran (kering/basah).
  3. Kalau media yang digunakan kering . boleh guna kertas yang lebih nipis.
  4. Ada kesedaran tentang Hukum melukis  (klikok ?


Ok dah boleh start!! 


STEP 1


korang pon boleh cekau gambar dari google.kalau ade pic amik sendiri pon lagi bagus (lebih sentimental) figura tangan peniaga aiskrim + buah ceri + sudu kontot.


STEP 2


tambah dan tambah lagi... tindih-tindih..tindan-tindan..
sampai penuhh satu kertas k..temanya..APA SAJA YANG BERKAITAN. 
hehe easy peasy..

STEP 3


settle je korang boleh la gelapkan background supaya objek nampak kontra.
boleh masukkan media campuran mcm pensel warna ke soft pastel ke..water color pon boleh..
be creative..i know you can do better than i did.. :)



antara contoh lain..




tambahan elemen-elemen motif / pattern untuk menceriakan lagi karya korg.


lain-lain tutorial . next entry okayy . TQ :3




Monday, May 13, 2013

Doodle !!!!


'Tsunami' ----> nama ragging aku yang diberi oleh senior..
header ni telah dibikin since aku part 1 lagi...froggy ni sebab kat sekolah aku dipanggil 'katak'
hijau  favourite color. 



Since aku dah jumpa notebook yang fully blank page without a single line pon!! jadi...aku sgt gembira sampai nk terkeluar bijik mata ni bile selak after the cover page..all of them are BLANK.. hahaha... buku ni handy and yang penting...eco-friendly made from scratch paper recycled....how can be better than that??! honestly, i am a 'green' person..ku lihat hijauuuuuu~ ooolalala

so, this is the book...i bought it for RM6.00 .inside of student center . kecik je buku die..half of A4 sized.
(sorry , the camera condition are not very well..maybe should create a 'wish list' so the relatives can take note what i wanted the most.bau kedai2.. acah je)


cover dia. tengok tu pesanan ikhlas dia.. IT WAS YOU ..
 a green person who care about the mother earth.. (boleh buat entri berkempen pasni)

lets take a look ...apa yang telah diconteng2 kat buku ni...


Pengenalan diri serba ringkas berbentuk peta minda.. sila lah hafal ne tau masuk exam.. :P
right page..'people that inspired me the most' bawah sekali belah kanan tu
 "Our beloved Prophet Muhammad s.a.w"

*untuk pengetahuan..semua character dlm buku ni..menutup aurat ye..kalau free hair ,mengaibkan diri sendiri plak.oleh kerana nak post kat entri kenn shaye pun bertudung. walaupun ianya personal journal. 
personal lah sangat ...

 OK NEXT!!!




yeah, i know..  bahasa ROJAK atau nak sedap sket bunyi..DWIBAHASA . XD
page ni citer pasal MC. demam then gi Unit Kesihatan and demanding for many kind of medicine. 

"saya nak vitamin c,boleh?" (dapat 6 tablet)
"saya penat , badan lesu mengigil2.." (dapat ubat letih)
nak cakap saya manja? i pay for them since the fee were included. woohoo~~

 dan rutin setiap malam. i will recite al-quran... after the busy day for all day long..
 we should spend a quality  relaxing time with Allah s.w.t..
bersyukur kerana telah diberikan kemudahan dan kekuatan untuk melakukan kerja2 kita sejak pagi tadi.
hari2 kena doa macam tu ok. supaya hari2 kita mohon agar dosa kita diampunkan setiap hari.

NEXT !!



try to be a fashion student la konon....
rekaan busana  pengantin bagi bakal2 pengantin diluar sana ... 
choyyy muntah biru..
kalah Rizman Ruzaini.aku rase dorang pon xbuat ilustration model versi minah doodle camni.

please skip this page please, its kinda embarrassing..


NEXT!!!!
NEXT!!!!!
NEXT!!!!!!


It's happened when u have a crashed diet tebabom..
you will get sick if you follow mine.. -______-
i got a bad bad scold from him... 
my inbox full of this sign " !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "



NEXT!!!!!!!





 apakah kerjaya masa depan ?
siap ada site 'leave comment' lagi.. (sape je nak bace diary kau..merong2) hewhew

aku percaya pada rezeki Allah.. selagi aku tak berputus asa..jadi suri rumah je pon aku ley jadi kayo..
macam Kak Ton.... Comel takkk..........???!! (belajar tinggi2 xkan nak jadi full time HOUSEWIFE kot)



time ni ' BEFORE n AFTER'
selepas balik dari bengkel meWELDING. (sculpture project) dimana aku begitu otai tidak memakai pelindung mata sebagai keselamatan dari melihat api besi yang memancar right into your eyes like a sunshine.
atau lebih kurang mcm lagu Shine bright like a diamond..
btw, a common knowledge guys, diamond don't shine, they sparkle.. ouch
dan sangat mahal...tapi ada org mampu beli dgn harga berjuta ringgit..yang ni rumors ke fact ke.. anda nilai..

as you can see atas tu mata aku bengkak teruk muka serupa adik beradik puru daa..
aku xboleh bukak mata sebab pedih sangat... saya berjanji yang saya akan menjaga keselamatan saya ketika didalam bengkel studio!!!!!!! dont try this at home....  rabun pun bertambah..





ni isu pemakaian dalam solat... pakaian solat hendaklah bersih dari najis, longgar, tidak jarang, menutup aurat dan tidak terbuka ketika rukuk,sujud atau sebagainya. jangan memakai pakaian yang ada simbol2 pelik2 yan bertentangan dgn syariat..contoh kat baju tu ada gambo haiwan ke...gambo sendiri ke..tulisan mencarut ke.. simbol salib ke...eloklah pakaian kita plain je...senang citer bawaklah telekung pergi mana2..habis citer.. bukan berat mana pon unless korg mmg buru2 nak gi mana2..kejar flight ke...wah nak gi mana je tu.. nak kirim....

itu sahaja smpai sini...


(sorry again about the pic quality.been taken under the dark room)
 see you guys around while blog walking..



assalamualaikum.......