Monday, July 15, 2013

TERAWIH & BUKU LIMA.


Aku dan Ira langsung terus ke surau untuk menunaikan solat terawih pertama kami untuk tahun ini. Begitu juga buat seluruh umat islam.

Terngiang-ngiang keadaan saudara-saudara yang berada di Palestin.
Bagaimanalah keadaan mereka menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini. Semoga Allah sentiasa bersama-sama mereka begitu juga dengan umat islam yang lain di seluruh dunia.

Rasa teruja dan kagum melihat begitu ramai siswi yang turun bersama sehingga jemaah terpaksa berada di luar surau. Termasuklah kami. Angin sepoi-sepoi menemani. Memberi kami selesa dan nyaman. Alhamdulillah.

Kami mencari tempat. Tikar juga sudah dipenuhi. Untung kami bawa sejadah bersama, dapat lah juga beralas diatas jalan tar yang masih basah dek kerana hujan petang tadi.

Dari kalangan siswi yang ramai. Disebelah aku seperti ada orang menyebut-nyebut nama aku. Aku pun berpaling.

Su dan Zaimie rupanya. Salam dihulur. Mereka tidak melepaskan genggaman.

“ Busyuk lah dia..mandi ke tak ni...nak bau syikit...”

Aku membuku lima kepada mereka kerana kata aku tak mandi lagi. Memang betul pun.

Namun Zaimie yang masih menggengam tangan terus mendekati wajahku dan melaga pipi ke pipi. Oh.. ini rupanya niat kalian.
Salam ukhuwah sunnah seorang saudara islam terhadap muslimat yang lain.
Aku senyum tersipu-sipu  malu dengan usikan mereka.
 Rasa khilaf  menyelubungi kerana aku agak kasar membuku lima kepada mereka.

Ya, memang aku busuk. Manusia selalu menyalah tafsir tanpa usul.
 Terima kasih kerana menyedarkan aku.
Selamat menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini ya wahai rakan-rakan seKomanderku...

Malam itu tenang. bermunajat memuji nama Ilahi.






KURANG ITU CUKUP...


Menikmati burger tanpa roti.

Ya, Cuma daging..daging ayam tapi dua keping..

Mayonis tanpa sos dan serpihan sayur yang tidak bercarrot.

Cuma timun dan kobis.

Abang burger sila diam. Geleng-geleng kepala cukup.

 Ira baru masuk. Terduduk. Mengah mencari nafas. Mengipas-ngipas muka dengan tangan. Baru sahaja balik dari mengangkat barang di stor.

Amaran sudah mari tadi pagi. Stor harus dikosongkan.

Kami harus pungut barang masing-masing di stor.  Ayat “bilik masing-masing” akan terus digunakan sampailah hujung semester.

Kempunan lah nak berbilik sama.

Al-kisah dibilik aku sendiri, bukan aku tak suka dengan roomate junior. Mereka ok.
Cuma secara teknikalnya, fasiliti seperti katil yang berbunyi-bunyi setiap kali aku turun dan naik atas dia.

Krekk kriikkk krakkk!!!

Disebabkan aku empunya katil atas. Kasihan orang bawah sampai terjaga dek bunyi katil yang memekik sakit bila aku panjat naik turun atas dia.

Mengesot sudah, berguling pun sudah, melompat pun lagi sudah..
Macam-macam stail aku dah buat asalkan kau diam,Katil..

Kipas. Bilah-bilahnya jelas dapat dilihat dikira satu persatu. Menunjukkan betapa tak lajunya ia. Tetamu datang cakap kipas kami mungkin habuk penuh.

Nak kata macam tu..tapi macam kipas bilik korang hari-hari bersihkan? Laju juga dari kipas kitorang.. tak kisah lah asal berfungsi syukur nikmat..

Jadi, aku lebih selesa tidur dibilik member. Walaupun tidur dibawah lantai. Tapi aku tak kisah semua tu. Gembel je. Diorang pun tak kisah walaupun tak sampai hati. Lagipun..

“aku tak boleh tidur tanpa korang”

Sebab aku lebih selesa dengan apa yang kurang berbanding

aku ada yang lebih baik tapi tak berguna.

PON BOLEH...


Tak dapat kereta sewa , kami ke pekan dengan ‘tenggiling’ je.
Beli nombor pin MUET, tiket bas balik raya, bekalan makanan untuk bersahur.
Jauh kitorang pusing dari stesen bas ke pasaraya ke bank dan banyak tempat lagi.
Tapi atleast apa yang nak dibeli , dapat . Barang yang tak dirancang  pon dapat.

Macam sayur kangkung........hmm

Kisah ketika di Pasaraya,
Masuk-masuk je ke bahagian makanan basah. Ira jerit “Zahin, kau tak nak ke ada kangkung tiga ikat lapan posen!”

macam mana aku boleh tak dengar ada annoucement jualan murah sayur-sayur.

“ Tapi macam mana nak masak?” aku tanya.
“emm..pakai lah heater aku..rendam ngan air panas.” Ira kata.

Aku pun angguk setuju-setuju. Terus ambik bakul letak sayur kangkung yang memanjang tu.

Bakul nampak kosong. Sekali nampak frozen food. Ambil sosej. Pergi jalan sikit nampak mayonis.Jalan sikit lagi nampak tuna. Depan lagi nampak roti. Kalau combined semula sekali baru lah PERFECT MATCH.

Ketika di bilik,
Air dipanaskan. Sayur kangkung direndam.

“tahan lama tak eh?”
“kena makan cepat lah..kalau tak layu nanti.”

Aku dan ira ‘berbekwoh’ memetik sayur kangkung dibilik. Mengekek kami gelak. Al-maklum lah first time buat kerja-kerja ini macam. Cuci sayur kat tempat wudu’ . nasib baik orang tak ada. Segan dia lain macam.
Ketidakbolehblahan dia memang stylo.

Air ready panas. Sayur rendam dalam mangkuk. Tunggu agak-agak sampai lembut. Sosej, mayonis, tuna campur semua dengan kangkung tadi. Cantik.
Mari makan.

“ lek amik gambar lu..” .Masing-masing keluarkan henpon.
“Instagram~~~” .mengekek dengar.
“food porn”  .bantai gelak.
“ Sayur kangkung Western Style” .lagi bantai gelak kuat-kuat.