Monday, July 15, 2013

KURANG ITU CUKUP...


Menikmati burger tanpa roti.

Ya, Cuma daging..daging ayam tapi dua keping..

Mayonis tanpa sos dan serpihan sayur yang tidak bercarrot.

Cuma timun dan kobis.

Abang burger sila diam. Geleng-geleng kepala cukup.

 Ira baru masuk. Terduduk. Mengah mencari nafas. Mengipas-ngipas muka dengan tangan. Baru sahaja balik dari mengangkat barang di stor.

Amaran sudah mari tadi pagi. Stor harus dikosongkan.

Kami harus pungut barang masing-masing di stor.  Ayat “bilik masing-masing” akan terus digunakan sampailah hujung semester.

Kempunan lah nak berbilik sama.

Al-kisah dibilik aku sendiri, bukan aku tak suka dengan roomate junior. Mereka ok.
Cuma secara teknikalnya, fasiliti seperti katil yang berbunyi-bunyi setiap kali aku turun dan naik atas dia.

Krekk kriikkk krakkk!!!

Disebabkan aku empunya katil atas. Kasihan orang bawah sampai terjaga dek bunyi katil yang memekik sakit bila aku panjat naik turun atas dia.

Mengesot sudah, berguling pun sudah, melompat pun lagi sudah..
Macam-macam stail aku dah buat asalkan kau diam,Katil..

Kipas. Bilah-bilahnya jelas dapat dilihat dikira satu persatu. Menunjukkan betapa tak lajunya ia. Tetamu datang cakap kipas kami mungkin habuk penuh.

Nak kata macam tu..tapi macam kipas bilik korang hari-hari bersihkan? Laju juga dari kipas kitorang.. tak kisah lah asal berfungsi syukur nikmat..

Jadi, aku lebih selesa tidur dibilik member. Walaupun tidur dibawah lantai. Tapi aku tak kisah semua tu. Gembel je. Diorang pun tak kisah walaupun tak sampai hati. Lagipun..

“aku tak boleh tidur tanpa korang”

Sebab aku lebih selesa dengan apa yang kurang berbanding

aku ada yang lebih baik tapi tak berguna.

No comments:

Post a Comment