Monday, July 15, 2013

TERAWIH & BUKU LIMA.


Aku dan Ira langsung terus ke surau untuk menunaikan solat terawih pertama kami untuk tahun ini. Begitu juga buat seluruh umat islam.

Terngiang-ngiang keadaan saudara-saudara yang berada di Palestin.
Bagaimanalah keadaan mereka menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini. Semoga Allah sentiasa bersama-sama mereka begitu juga dengan umat islam yang lain di seluruh dunia.

Rasa teruja dan kagum melihat begitu ramai siswi yang turun bersama sehingga jemaah terpaksa berada di luar surau. Termasuklah kami. Angin sepoi-sepoi menemani. Memberi kami selesa dan nyaman. Alhamdulillah.

Kami mencari tempat. Tikar juga sudah dipenuhi. Untung kami bawa sejadah bersama, dapat lah juga beralas diatas jalan tar yang masih basah dek kerana hujan petang tadi.

Dari kalangan siswi yang ramai. Disebelah aku seperti ada orang menyebut-nyebut nama aku. Aku pun berpaling.

Su dan Zaimie rupanya. Salam dihulur. Mereka tidak melepaskan genggaman.

“ Busyuk lah dia..mandi ke tak ni...nak bau syikit...”

Aku membuku lima kepada mereka kerana kata aku tak mandi lagi. Memang betul pun.

Namun Zaimie yang masih menggengam tangan terus mendekati wajahku dan melaga pipi ke pipi. Oh.. ini rupanya niat kalian.
Salam ukhuwah sunnah seorang saudara islam terhadap muslimat yang lain.
Aku senyum tersipu-sipu  malu dengan usikan mereka.
 Rasa khilaf  menyelubungi kerana aku agak kasar membuku lima kepada mereka.

Ya, memang aku busuk. Manusia selalu menyalah tafsir tanpa usul.
 Terima kasih kerana menyedarkan aku.
Selamat menjalani ibadah sepanjang Ramadhan ini ya wahai rakan-rakan seKomanderku...

Malam itu tenang. bermunajat memuji nama Ilahi.






No comments:

Post a Comment