Saturday, May 25, 2013

Kelantan is ''something"


Saya KL dan saya belajar di Kelantan.
Hampir 2 tahun lebih saya 'ngaji' di Kelantan, sekalian saya menetap disana.
Saya pernah ke Kelantan suatu masa dulu bercuti dengan keluarga untuk pertama kalinya.
Dan kali kedua adalah saya sendiri yang pergi sana untuk melanjutkan Diploma.

Bila saya dapat je tawaran belajar dalam jurusan saya minat, saya seronok.
Tapi bila saya tahu lokasinya adalah di Kelantan, oh jauhnya...
Sampai saja di Kelantan, suasana yang nyaman bila waktu pagi..
Suara-suara azan dan alunan bacaan Al-quran berada dimana-mana.
Membuatkan hati saya tersentuh.
makanan pertama yang saya makan di Kelantan adalah Nasi Kerabu.
Nasi Kerabu sangat terkenal di Kelantan. (memang lah..) 
Melihat saja hidangan yang asing dalam hidup saya, ianya membuatkan saya tersenyum seorang diri.
"ok Kelantan sangat... aku dah sampai rupanya..." sambil sengih sorang2.

(gambar cilok)

Dari situ saya sedar yang saya akan memulakan satu kehidupan baru dalam hidup saya.
Saya akan tinggal di sini untuk jangka masa yang lama. Saya kena biasakan diri.
Seperti yang ramai tahu bahawa Kelantan sangat tinggi dengan jiwa kerakyatannya dan sangat membudayakan agama islam dalam hidup mereka. (bukan nak cakap negeri lain tak)
Sehinggakan negeri  Kelantan di label sebagai 'Mekah Malaya'
Sedar saja perkara itu, mungkin takdir Allah membenarkan saya untuk berada disini untuk mendalami ilmu Allah s.w.t..dan alhamdulillah....saya dapat apa yang saya niatkan sejak awal lagi.

Terasa jiwa dekat dengan Allah kerana disekeliling saya begitu ramai orang-orang yang baik hatinya, yang mulia hatinya, yang telah mengajar dan menyayangi saya sebagai seorang hamba Allah.

Begitu banyak aktiviti keagamaan dan silaturrahim terjalin dimana-mana. 
Patut lah mereka senang berkawan, ukhuwah berada dimerata tempat.

Sehinggakan bangsa lain seperti cina dan india pun peramah dan menghormati agama lain.
Mereka sangat fasih berdialek Kelate. Lucu juga awal2, tapi timbul rasa respect dan teruja. 

Antara perkataan pertama yang saya belajar dalam dialek Kelate adalah..

Puah = Bosan.

Bakpo = Kenapa.

Jale = Jalan.

Ghumoh = Rumah.

Lapar air = Haus.


huhu.. sampai sekarang saya masih xlancar berdialog kelate dengan orang ramai tapi  saya faham apa yang diorang cakap.Tapi menulis dalam kelate  saya pandai, cuma membalas cakap tu tak confident penuh.
takut salah nanti jadi bunyi macam siam je.. hehe


In Kelantan, everywhere is :


Business. 

Football .

Mosques.

Al-Quran Recitation.

Food Stall.

Green Trees.

Tudung labuh Girls.

Imam-imam muda.



Habis je tamat belajar tahun ni..Kelantan selamanya di hati saya.


Hey, saya KL dan saya sayang Kelantan.


**************************************



more or less yang buruk datang dari saya, yang baik hanyalah dari Allah s.w.t



Assalamualaikum w.b.t




Thursday, May 23, 2013

Gwiyomi cara betul .

Gwiyomi  Islamik versi Zikr.
hanya di U Tiub
hehe enjoy...

(click kalau tak jelas)



 1. Hanya Allah yang Satu.
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


 2. Syukur segala nikmat dan rahmat Allah.
Maha Pemurah lagi Maha Adil


 3. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa.


 4. Ampuni dosa-dosaku , Ya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Pemberi Petunjuk.


 5. Allah Maha Besar.
Maha Kuat lagi Maha Agung.


 6. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah.
Maha Perkasa yang tidak mati, lagi Maha Hidup.



***************************
jangan lupa Subscribe... huu

Jazakallah Khairan...
see you next time...

Assalamualaikum w.b.t


Wednesday, May 22, 2013

Jagalah aurat kawan kita..



Sering kita didedahkan dengan penjagaan batas-batas pergaulan antara lelaki / perempuan yang bukan mahram kita apatah lagi mendedahkan aurat kita dihadapan mereka.
Tapi adakah kita menitik berat soal aurat tentang orang di sekeliling kita pula ?

gambar-gambar yang kita upload di media sosial..
walaupun kita mengambil gambar  diri sendiri yang menutup aurat penuh tetapi  berlatar belakangkan seseorang yang tidak menutup aurat adakah dikira 'selamat' ?

sebagai contoh kita (menutup aurat) mengambil gambar bersama rakan kita yang free-hair dan berpakaian menjolok mata. Adakah itu dinamakan sahabat jika kita tidak memikirkan soal auratnya dan menasihatinya bahawa tidak menutup aurat itu adalah perkara yang berdosa. Jadi kenapa kita masih ingin mengambil gambar bersamanya lalu menjadi tontonan umum agar dilihat oleh orang lain yang menjadi haram apabila seseorang bukan mahram melihat wajahnya.

Kita sendiri sebagai seorang kawan dan seorang individu islam yang hebat perlu ada kesedaran dan lebih sensitif dalam soal menjaga adab dan batas sesama saudara.. Jadi, jika kita sayang kawan-kawan kita.. nasihati lah mereka dan jangan meletakkan gambar mereka yang tidak menutup aurat menjadi tatapan para umum sedangkan kita 'terselamat'.

So, Mulakan dari sekarang. DELETE semua gambar2 lama yang kita upload yang tidak menutup aurat.
Sama-sama kita menjaga harga diri setiap insan.

Assalamualaikum ...

**************************************************************
-refleksi diri-





Tuesday, May 21, 2013

Kisah Anbia' : Malaikat Maut sahabat Nabi Idris.



Nabi Idris sering diganggu kaumnya yang tidak suka akan dakwah  baginda. 
Oleh kerana itu, baginda sering menyendiri di sesuatu tempat yang tidak diketahui oleh orang lain.
Baginda ke tempat sunyi semata-mata ingin mencari ketenangan  dan  beribadat kepada Allah s.w.t.

Setiap petang baginda akan ke tempat itu. Namun, suatu hari datanglah seseorang lelaki mengekorinya dari belakang. Apabila baginda berhenti , dia berhenti. Baginda berjalan, dia turut berjalan. Lalu Nabi Idris bertanya. 

"Maaf saudara,saya sekadar bertanya. Siapakah saudara dan apakah maksud saudara mengekori saya dari belakang?" Nabi Idris sopan bertanya.

"Saya sebenarnya ingin bersahabat dengan saudara" balas lelaki itu.

"Saya sudi menerima saudara dengan senang hati, tetapi siapakah saudara ini sebenarnya?" 

"Saya adalah Malaikat Maut"

"Malaikat Maut? Adakah saudara ingin mencabut nyawa saya? Jika begitu, silakan." Nabi Idris a.s terkejut namun rela nyawanya diambil jika itu mahunya.

"Tidak. Saya tidak berniat mahu mencabut nyawa anda. Jika sudah sampai masa pasti saya tidak melengahkan perbualan ini,sekarang juga saya akan cabut nyawa anda. 
Kedatangan saya semata-mata hanya ingin bersahabat dengan anda." jelas Malaikat Maut.

"Kalau begitu,marilah kita teruskan perjalanan menuju tempat ibadah saya" pelawa Nabi Idris.

Maka Malaikat Maut dan Nabi Idris pun bersahabat dan menghabiskan masa bersama-sama dengan beribadat kepada Allah s.w.t. 
Namun suatu hari, Nabi Idris meluahkan hasratnya .

"Wahai Malaikat Maut, saya ada permintaan iaitu ingin tahu bagaimana rasa nyawa diCABUT"

"Memang tugas saya mengambil nyawa tetapi mencabut nyawa anda sekarang saya tidak berani kerana belum tiba masanya. Saya hairan mengapa anda meminta sedangkan orang lain merasa takut akan MATI?" jelas Malaikat Maut.

"Saya tidak kisah,manusia boleh mati bila-bila saja.Saya cuma ingin tahu bagaimana rasanya mati.itu saja"

Mendengar itu,Malaikat Maut pun bersujud kepada Allah s.w.t ,kemudian dia mengarahkan nabi Idris untuk berbaring lalu dicabut nyawanya perlahan-lahan lalu nabi Idris pun meninggal dunia.Setelah itu,turun beberapa Malaikat dari langit dan bertanya
"Wahai Malaikat Maut, mengapa engkau mencabut nyawanya sebelum tiba masa?"

"Ini hanyalah sekejap saja,ia adalah kehendak Idris dengan izin Allah s.w.t" jawab Malaikat Maut.
Maka para malaikat pun kembali ke langit.

Setelah beberapa ketika, nyawa nabi Idris kembali ke jasadnya.Lalu baginda duduk dan menggelengkan kepalanya sambil berkata "Begitulah rasanya mati.Jika saya mati.Saya tidak akan bimbang lagi.
Beginikah cara anda mencabut nyawa manusia? Apakah semua manusia merasakan yang sama apabila dicabut  nyawanya? " sambung Nabi Idris a.s

"Tidak semua begitu. Ia bergantung pada keadaan orang itu kelak. Apa yang anda rasa adalah yang 
paling ringan. Bagaimana anda rasakan wahai Idris ketika nyawamu keluar?"

"Bukan main-main rasanya.Seluruh tubuhku  bagai disiat-siat kulitnya, seperti  orang melapah kulit kambing. Pada ketika itu seiringan saya melihat seolah-olah bintang-bintang dari langit jatuh berguguran ke bumi,
terasa langit runtuh menimpa bumi dan saya tertimbun didalamnya.Begitulah yang saya rasai"

"Wahai sahabatku,bolehkah anda membawa saya untuk melihat Neraka?" sambung Nabi Idris a.s.

"Wahai Idris,anda sungguh pelik,Dulu anda meminta nyawa anda dicabut sedangkan orang lain takut akan mati.Sekarang anda pula ingin ke Neraka." Malaikat Maut kehairanan.

"Kalau memang benar anda sahabat  saya, pasti anda tidak keberatan menunaikan hajat saya.Cubalah anda memohon perkara itu bagi diri saya kepada Allah s.w.t"

Maka Malaikat Maut pun bersujud memohon izinNya dan mengabulkan hajat Nabi Idris a.s.
Malaikat Maut membawa nabi Idris a.s ke Neraka,setelah sampai  mereka disambut oleh Malaikat Malik Zabaniyah , Malaikat penjaga Neraka. Malaikat Maut pun menceritakan maksud kedatangan mereka lalu dibukakan pintu neraka kepada mereka berdua. Maka,nabi Idris melihat ada terompah dari besi lalu memohon izin dipakainya. Setelah dipakai, terompah itu menjadi merah ,baru sahaja baginda meletakkan kaki pada terompah itu,baginda menjerit kerana kepanasan.Segera dia menanggalkan terompah itu kerana kepanasan yang dirasai bagai mendidih otaknya.

Nabi Idris kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Malaikat Malik Zabaniyah dan meminta izin meninggalkan tempat itu. Sungguh dahsyat dan mengerikan segala bentuk siksaan yang akan ditimpakan kepada bakal penghuni Neraka.

Malaikat Maut bertanya . "Adakah anda puas? mari kita pulang." 

"Tunggu dulu, saya ada perkara lain yang ingin diperkatakan. Saya masih ada satu permintaan. Terlanjur saya sudah berada disini,sudah melihat neraka dari dekat,maka saya akan merasa hampa jika tidak melihat SYURGA pula dari dekat,bukankah begitu?" kata Nabi Idris a.s

Malaikat Maut tersenyum sambil berkata "Anda memang bijak! ada saja permintaan anda."
 Lalu bersujud Malaikat Maut kepada Allah s.w.t memohon izin,setelah selesai nabi Idris pun diajak ke syurga setelah permintaannya dikabulkan Allah s.w.t.

Mereka berdua pun pergi ke syurga. Dari jauh, baginda sudah dapat hidu bauan syurga yang harum serta bunyi-bunyian yang merdu. Malaikat Maut memberi salam kepada Malaikat Ridhwan, Malaikat penjaga syurga, setelah mereka berbual lalu mereka dijemput masuk. Sebaik saja  Nabi Idris melangkah masuk ke syurga,baginda merasa terpana akan keindahan syurga yang melampaui keindahan dunia. 

***
Bangunan-bangunan didalam syurga amat cantik dan menara-menara yang tinggi, sungai-sungai yang besar tediri daripada madu,susu,arak dan sebagainya. Kebun buah-buahan syurga  yang subur,sangat teratur , pelbagai jenis buah-buahan yang ranum dan harum semerbak serta lebat buahnya.pokok-pokok yang rendang dan besar. 

Setelah Nabi Idris a.s puas melihat keindahan syurga maka dia dipelawa melihat mahligai-mahligai syurga. Baginda sungguh tertarik  melihat bidadari-bidadari yang cantik,tidak jemu melihatnya malah pakaiannya begitu indah ditambah perhiasan yang cantik. Malaikat Maut memperkenalkan baginda kepada semua bidadari tersebut. 

 Kemudian baginda dipelawa duduk di kerusi yang empuk berlantaikan permaidani indah. Lalu datanglah pelayan syurga membawa makanan dan buah-buahan serta minuman yang lazat diiringi alunan muzik yang merdu. Setelah itu , baginda diajak melawat bilik-bilik syurga , setiap bilik ada bidadari bersama pengasuh.

Selesai melihat kecantikan didalam syurga,nabi Idris a.s diajak pulang. Ketika Nabi Idris a.s mencari alasan untuk  tidak mahu kembali ke dunia kerana merasa teruja akan syurga Allah s.w.t. 

"Nanti dulu, saya terlupa bahawa terompah saya tertinggal di dalam bilik sana,tunggu saya mengambilnya."
Maka Malaikat Maut mengiringinya, segera baginda masuk ke dalam mengambil terompah.Setelah berada didalam,baginda mendiamkan diri tidak mahu keluar.Semua bidadari kehairanan.Lalu Malaikat Maut kembali mengajaknya pulang, takut nanti dimurkai Allah s.wt.

"Tidak,saya tidak mahu pulang ke dunia lagi,saya tidak mahu keluar dari sini! Tahukah kamu semua,             Tuhan telah berfirman bahwa sesiapa yang masuk ke syurga akan kekal didalamnya dan tidak keluar selama-lamanya." kata Nabi Idris.

"Saya menyedari bahwa orang yang boleh memasuki syurga ialah orang yang telah menjalankan perintah Allah s.w.t dan melakukan kewajipannya setelah meninggal dunia. Saya sudahpun melaksanakan
 kewajipan sebagai rasul,saya juga telah merasai mati,sudah juga merasai api neraka dan kini berada si syurga.Oleh itu , mengapa saya perlu keluar? sambungnya.

Malaikat Maut tidak dapat membantah kata-kata baginda ,malah bidadari-bidadari juga kagum akan jawapan baginda.Maka Malaikat Maut pun sujud kepada Allah s.w.t ,setelah itu  terdengarlah suatu suara

"Wahai Idris, memang benar telah Aku janjikan bahwa Syurga itu Ku-sediakan untuk hamba-hambaKu yang beramal soleh dan benar siapa yang masuk syurga tidak akan keluar lagi buat selamanya. 
Namun ingatlah Idris, Aku telah membuat peraturan dan hukum yang Aku tidak akan pinda dan telah Aku tetapkan dan tidak akan tarik kembali iaitu :

  1. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , orang yang Taat.
  2. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah  Kiamat.
  3. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah di Hisab.
  4. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah bersih dari Dosa.
  5. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , Umat Muhammad terlebih dahulu.
Itulah yang telah Aku tetapkan. Oleh itu, engkau tidak berhak tinggal didalam Syurga waktu ini".

Nabi Idris a.s merasa sedih mendengar ucapan itu.Baginda berkata

"Wahai Tuhanku, hamba mengikut segala keputusan-Mu tetapi hamba meminta ke hadrat-Mu dan rahmat-Mu hamba tidak mahu kembali ke dunia. Terserah kepada-Mu mahu menempatkan hamba dimana sahaja, hamba akan beribadat menanti tibanya Kiamat."


* Dengan izin Allah s.w.t , Nabi Idris a.s menetap di langit ke-4. Ketika Nabi Muhammad s.a.w mikraj ke langit, Baginda telah berjumpa dengan Nabi Idris a.s .