Tuesday, May 21, 2013

Kisah Anbia' : Malaikat Maut sahabat Nabi Idris.



Nabi Idris sering diganggu kaumnya yang tidak suka akan dakwah  baginda. 
Oleh kerana itu, baginda sering menyendiri di sesuatu tempat yang tidak diketahui oleh orang lain.
Baginda ke tempat sunyi semata-mata ingin mencari ketenangan  dan  beribadat kepada Allah s.w.t.

Setiap petang baginda akan ke tempat itu. Namun, suatu hari datanglah seseorang lelaki mengekorinya dari belakang. Apabila baginda berhenti , dia berhenti. Baginda berjalan, dia turut berjalan. Lalu Nabi Idris bertanya. 

"Maaf saudara,saya sekadar bertanya. Siapakah saudara dan apakah maksud saudara mengekori saya dari belakang?" Nabi Idris sopan bertanya.

"Saya sebenarnya ingin bersahabat dengan saudara" balas lelaki itu.

"Saya sudi menerima saudara dengan senang hati, tetapi siapakah saudara ini sebenarnya?" 

"Saya adalah Malaikat Maut"

"Malaikat Maut? Adakah saudara ingin mencabut nyawa saya? Jika begitu, silakan." Nabi Idris a.s terkejut namun rela nyawanya diambil jika itu mahunya.

"Tidak. Saya tidak berniat mahu mencabut nyawa anda. Jika sudah sampai masa pasti saya tidak melengahkan perbualan ini,sekarang juga saya akan cabut nyawa anda. 
Kedatangan saya semata-mata hanya ingin bersahabat dengan anda." jelas Malaikat Maut.

"Kalau begitu,marilah kita teruskan perjalanan menuju tempat ibadah saya" pelawa Nabi Idris.

Maka Malaikat Maut dan Nabi Idris pun bersahabat dan menghabiskan masa bersama-sama dengan beribadat kepada Allah s.w.t. 
Namun suatu hari, Nabi Idris meluahkan hasratnya .

"Wahai Malaikat Maut, saya ada permintaan iaitu ingin tahu bagaimana rasa nyawa diCABUT"

"Memang tugas saya mengambil nyawa tetapi mencabut nyawa anda sekarang saya tidak berani kerana belum tiba masanya. Saya hairan mengapa anda meminta sedangkan orang lain merasa takut akan MATI?" jelas Malaikat Maut.

"Saya tidak kisah,manusia boleh mati bila-bila saja.Saya cuma ingin tahu bagaimana rasanya mati.itu saja"

Mendengar itu,Malaikat Maut pun bersujud kepada Allah s.w.t ,kemudian dia mengarahkan nabi Idris untuk berbaring lalu dicabut nyawanya perlahan-lahan lalu nabi Idris pun meninggal dunia.Setelah itu,turun beberapa Malaikat dari langit dan bertanya
"Wahai Malaikat Maut, mengapa engkau mencabut nyawanya sebelum tiba masa?"

"Ini hanyalah sekejap saja,ia adalah kehendak Idris dengan izin Allah s.w.t" jawab Malaikat Maut.
Maka para malaikat pun kembali ke langit.

Setelah beberapa ketika, nyawa nabi Idris kembali ke jasadnya.Lalu baginda duduk dan menggelengkan kepalanya sambil berkata "Begitulah rasanya mati.Jika saya mati.Saya tidak akan bimbang lagi.
Beginikah cara anda mencabut nyawa manusia? Apakah semua manusia merasakan yang sama apabila dicabut  nyawanya? " sambung Nabi Idris a.s

"Tidak semua begitu. Ia bergantung pada keadaan orang itu kelak. Apa yang anda rasa adalah yang 
paling ringan. Bagaimana anda rasakan wahai Idris ketika nyawamu keluar?"

"Bukan main-main rasanya.Seluruh tubuhku  bagai disiat-siat kulitnya, seperti  orang melapah kulit kambing. Pada ketika itu seiringan saya melihat seolah-olah bintang-bintang dari langit jatuh berguguran ke bumi,
terasa langit runtuh menimpa bumi dan saya tertimbun didalamnya.Begitulah yang saya rasai"

"Wahai sahabatku,bolehkah anda membawa saya untuk melihat Neraka?" sambung Nabi Idris a.s.

"Wahai Idris,anda sungguh pelik,Dulu anda meminta nyawa anda dicabut sedangkan orang lain takut akan mati.Sekarang anda pula ingin ke Neraka." Malaikat Maut kehairanan.

"Kalau memang benar anda sahabat  saya, pasti anda tidak keberatan menunaikan hajat saya.Cubalah anda memohon perkara itu bagi diri saya kepada Allah s.w.t"

Maka Malaikat Maut pun bersujud memohon izinNya dan mengabulkan hajat Nabi Idris a.s.
Malaikat Maut membawa nabi Idris a.s ke Neraka,setelah sampai  mereka disambut oleh Malaikat Malik Zabaniyah , Malaikat penjaga Neraka. Malaikat Maut pun menceritakan maksud kedatangan mereka lalu dibukakan pintu neraka kepada mereka berdua. Maka,nabi Idris melihat ada terompah dari besi lalu memohon izin dipakainya. Setelah dipakai, terompah itu menjadi merah ,baru sahaja baginda meletakkan kaki pada terompah itu,baginda menjerit kerana kepanasan.Segera dia menanggalkan terompah itu kerana kepanasan yang dirasai bagai mendidih otaknya.

Nabi Idris kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Malaikat Malik Zabaniyah dan meminta izin meninggalkan tempat itu. Sungguh dahsyat dan mengerikan segala bentuk siksaan yang akan ditimpakan kepada bakal penghuni Neraka.

Malaikat Maut bertanya . "Adakah anda puas? mari kita pulang." 

"Tunggu dulu, saya ada perkara lain yang ingin diperkatakan. Saya masih ada satu permintaan. Terlanjur saya sudah berada disini,sudah melihat neraka dari dekat,maka saya akan merasa hampa jika tidak melihat SYURGA pula dari dekat,bukankah begitu?" kata Nabi Idris a.s

Malaikat Maut tersenyum sambil berkata "Anda memang bijak! ada saja permintaan anda."
 Lalu bersujud Malaikat Maut kepada Allah s.w.t memohon izin,setelah selesai nabi Idris pun diajak ke syurga setelah permintaannya dikabulkan Allah s.w.t.

Mereka berdua pun pergi ke syurga. Dari jauh, baginda sudah dapat hidu bauan syurga yang harum serta bunyi-bunyian yang merdu. Malaikat Maut memberi salam kepada Malaikat Ridhwan, Malaikat penjaga syurga, setelah mereka berbual lalu mereka dijemput masuk. Sebaik saja  Nabi Idris melangkah masuk ke syurga,baginda merasa terpana akan keindahan syurga yang melampaui keindahan dunia. 

***
Bangunan-bangunan didalam syurga amat cantik dan menara-menara yang tinggi, sungai-sungai yang besar tediri daripada madu,susu,arak dan sebagainya. Kebun buah-buahan syurga  yang subur,sangat teratur , pelbagai jenis buah-buahan yang ranum dan harum semerbak serta lebat buahnya.pokok-pokok yang rendang dan besar. 

Setelah Nabi Idris a.s puas melihat keindahan syurga maka dia dipelawa melihat mahligai-mahligai syurga. Baginda sungguh tertarik  melihat bidadari-bidadari yang cantik,tidak jemu melihatnya malah pakaiannya begitu indah ditambah perhiasan yang cantik. Malaikat Maut memperkenalkan baginda kepada semua bidadari tersebut. 

 Kemudian baginda dipelawa duduk di kerusi yang empuk berlantaikan permaidani indah. Lalu datanglah pelayan syurga membawa makanan dan buah-buahan serta minuman yang lazat diiringi alunan muzik yang merdu. Setelah itu , baginda diajak melawat bilik-bilik syurga , setiap bilik ada bidadari bersama pengasuh.

Selesai melihat kecantikan didalam syurga,nabi Idris a.s diajak pulang. Ketika Nabi Idris a.s mencari alasan untuk  tidak mahu kembali ke dunia kerana merasa teruja akan syurga Allah s.w.t. 

"Nanti dulu, saya terlupa bahawa terompah saya tertinggal di dalam bilik sana,tunggu saya mengambilnya."
Maka Malaikat Maut mengiringinya, segera baginda masuk ke dalam mengambil terompah.Setelah berada didalam,baginda mendiamkan diri tidak mahu keluar.Semua bidadari kehairanan.Lalu Malaikat Maut kembali mengajaknya pulang, takut nanti dimurkai Allah s.wt.

"Tidak,saya tidak mahu pulang ke dunia lagi,saya tidak mahu keluar dari sini! Tahukah kamu semua,             Tuhan telah berfirman bahwa sesiapa yang masuk ke syurga akan kekal didalamnya dan tidak keluar selama-lamanya." kata Nabi Idris.

"Saya menyedari bahwa orang yang boleh memasuki syurga ialah orang yang telah menjalankan perintah Allah s.w.t dan melakukan kewajipannya setelah meninggal dunia. Saya sudahpun melaksanakan
 kewajipan sebagai rasul,saya juga telah merasai mati,sudah juga merasai api neraka dan kini berada si syurga.Oleh itu , mengapa saya perlu keluar? sambungnya.

Malaikat Maut tidak dapat membantah kata-kata baginda ,malah bidadari-bidadari juga kagum akan jawapan baginda.Maka Malaikat Maut pun sujud kepada Allah s.w.t ,setelah itu  terdengarlah suatu suara

"Wahai Idris, memang benar telah Aku janjikan bahwa Syurga itu Ku-sediakan untuk hamba-hambaKu yang beramal soleh dan benar siapa yang masuk syurga tidak akan keluar lagi buat selamanya. 
Namun ingatlah Idris, Aku telah membuat peraturan dan hukum yang Aku tidak akan pinda dan telah Aku tetapkan dan tidak akan tarik kembali iaitu :

  1. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , orang yang Taat.
  2. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah  Kiamat.
  3. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah di Hisab.
  4. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , setelah bersih dari Dosa.
  5. Dibenarkan orang masuk ke dalam syurga , Umat Muhammad terlebih dahulu.
Itulah yang telah Aku tetapkan. Oleh itu, engkau tidak berhak tinggal didalam Syurga waktu ini".

Nabi Idris a.s merasa sedih mendengar ucapan itu.Baginda berkata

"Wahai Tuhanku, hamba mengikut segala keputusan-Mu tetapi hamba meminta ke hadrat-Mu dan rahmat-Mu hamba tidak mahu kembali ke dunia. Terserah kepada-Mu mahu menempatkan hamba dimana sahaja, hamba akan beribadat menanti tibanya Kiamat."


* Dengan izin Allah s.w.t , Nabi Idris a.s menetap di langit ke-4. Ketika Nabi Muhammad s.a.w mikraj ke langit, Baginda telah berjumpa dengan Nabi Idris a.s .





2 comments:

  1. waaaa....bagus benda ni...
    harap remaja2 diluarsana baca benda ni...

    Singgah sini :
    HOT : Kolam renang terbesar di dunia
    TOP : Kolam renang palsu
    POPULAR : Rumah mewah selebriti
    GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
    PELIK : Jam termahal di dunia

    Dan banyak lagi di : Green Life

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan dapat tambah ilmu...... :D

      Delete