Thursday, June 27, 2013

SAF SAHABAT

Sesi pendaftaran masuk pelajar lama dah sebulan berlalu.tapi ketidakpuashatian tetap ada walau masing-masing layak duduk di asrama.

Kami terpisah
Berlainan blok, berlainan tingkat

Mujur beza setingkat berbanding zara yang yang tercampak jauh dari blok kitorang.

Mujur juga bilik ira yang ada kekosongan satu katil sebab tuan katil pun menumpang bilik lain, jadi zara tinggal dengan ira.

Rutin kami akan berjemaah solat dan bertukar shift  setiap kali azan fardhu berkumandang.
Aku biasanya akan imamkan solat isya’

Sekarang agak sukar

Tapi tu tak menjadi penghalang untuk kami kutip ganjaran Ilahi , meramaikan saf menuju kiblat yang satu.
Kami akan bersms saat tiba azan.

Aku akan turun ke bilik ira. Tambahan pula, telekung tak bawak. Mujur selepas tu kakak poskan.
Ira ada cakap

“janganlah pulak nanti ada telekung tak turun solat jemaah”

“ehh tak lah.. aku sanggup buat apa je asal dapat jemaah sama”

Aku selalu mengadu bosan dibilik sendiri. Bukan tak ngam dengan roomate baru. Cuma aku rindu kawan-kawan aku.  Jadi, aku selalu lepak dibilik ira hingga lewat malam. Kadang-kadang buat drawing disana.

“rindunya nak bilik sama..” perkataan yang selalu aku ulang

Takpe . takpe

Kami akan bersama. Itupun kalau siswi ijazah bercuti semester bulan 7 nanti.

Kami terpaksa menunggu mereka mengosongkan bilik supaya ada tempat untuk kami cop bilik
awal-awal.

Sabarlah wahai hati.

Rinduku pada sahabat akan terbalas. In sha Allah...

No comments:

Post a Comment