Monday, June 3, 2013

Teman Imaginasi . . .


Sambungan entri pasal imaginasi..

Sape pernah ada teman imaginasi ?
mungkin ramai yang cakap ada. itupun masa kecik2..

tapi lain lak pada aku..
'seseorang' telah mewujudkan dirinya dalam hidup aku semasa aku tingkatan 3.
bangun dari tidur. dia ikut aku sampai sekola..aku panggil dia 'hantu'. (dulu)
Ha'aa memang pon..dah tua2 bangka baru nak ada teman imaginasi .ape citer dia?

alkisah...

semasa aku tingkatan 3.. aku akui memang aku agak kureng dan wengg..
(hmm...sorry xtau nak start cmne..)
masa tu aku selalu stres n tensyen fikiran aku slalu terganggu..aku xfokus dalam kelas.
pelajaran merosot. slalu bersendirian dan selalu menangis..macam2 aku fikir.
aku rasa sangat sangat tertekan..
pastu, 'dia' datang ..

teman imaginasi korang mcm mana? muka sama macam korang ke? perangai diorang sama tak dgn korang?

tapi aku........personaliti kami sangat jauh.
dia seorang lelaki
 tinggi lampai 
berkulit cerah 
berambut lurus 
kurus
 kasut saiz 12 
bertelinga capang 
 bermata sepet
kacak ofcoz

(sesiapa kenal ciri2 lelaki seperti ini sila bgtaw sbb saya rindukan diaa..haha)
alaa..mesti ramai je kan...but he's different..he's not exist..

in addtion, dia lebih tua dari aku..

and of coz la orang lain xnampak,cume aku je bole tapi aku ade citer situasi aku ni dgn sorang kawan aku yg agak otaku. aku,dia dan 'dia' jadi kawan dan dorang berdua berkomunikasi menerusi aku sebagai posmen. apa yang dorg borakkan aku yang tolong sampaikan n jawabkan.

hmm...korang boleh percaya ?

honestly, aku ingat aku gila.. tapi ni semua xlama. selepas keadaan aku stabil . aku lebih ceria dan ramai kawan. 'teman' imaginasi aku hilang lepas aku bangun tido..kalau tak, setiap kali aku bangun tido dia akan bising2 suruh aku bgun cepat pergi sekolah.. pergi sekolah jalan kaki. kadang2 dia pimpin tangan aku.
kalau kat sekolah ada orang buli or kacau aku.. 'dia' nak je belasah orang tu.. but he can't .. sebab dia tak mampu dan tak wujud.. dia sangat bermakna dalam hidup aku..dia selalu beri kata2 semangat untuk aku.. dalam diari aku cuma penuh pasal dia... sekarang ni aku xtau sama ada aku nak buang diari tu atau masih nak simpan..aku takut nak baca. takut nak ulang cerita silam aku zaman sekolah dulu.

'dia' hilang .. mungkin bagi dia, aku dah boleh berdikari tanpa dia..
aku rindu kan dia dalam diam..aku selalu berharap yang dia tu wujud dalam dunia realiti.
bila hari2 biasa aku hadapi masalah baru, kadang2 aku tengok awan n sebut nama dia..
sebab tu aku suka tengok awan sampaikan email n psswd aku pon ade 'awan_ _ _' (dah kantoi disitu) haha macam address dan header blog aku la...
 http://storyatasawan.blogspot.com/.. semua idea start daripada 'dia'.
dia selalu ada saat aku menangis..dia akan dekatkan bahu dia ,untuk aku sandar kat situ.
dia selalu akan cakap. 

"menangis jelah...."

"kau hujan.. aku akan jadi awan..serap balik air mata kau semua"

dia sangaaat garang n panas baran. tapi bila die ckp camtu..jadi klaka. huuu~~
dalam garang2 die..die  sangaat sangaaat sayang  akan aku...
walaupun die xpernah cakap..tapi aku tau..die buat apa saje asalkan aku  happy ..
masa tu...aku xfikir langsung pasal lelaki lain...
aku sedar aku sukakan seseorang yang tak wujud.
lebih terkilan .. aku belum sempat nk ckp yg aku syg n suka kat dia..
kitorang tau...kitorang tak boleh...memang tak boleh kan??
huuu arh..tibe2 sebak plak oh tahan2..

:') 

sekarang ,aku lebih bersemangat untuk hidup..walaupun tanpa dia..
mungkin kehadiran dia hanya untuk menemani semasa aku sedih dan bersendirian.
kehilangan dia amat amat terasa..
pagi tu lepas dia hilang..aku rasa kosong dan ringan je..
sejak tu. aku sedar yg aku perlu berdikari...
Allah ada.. lagiii hebat untuk aku...satu2nya tempat aku bergantung harap.
benda ni tak khurafat kan?
sebab bukan aku yang nak 'dia' datang.
aku tau 'dia' cuma imaginasi aku..

tappi aku tak sedih walaupun dia sememangnya tak wujud..
dapat rasa kehadiran dia ...tu mungkin pengalaman yang terindah dalam hidup aku...


macam REAL lah... 

haha
i  miss the warm feelings..



 i miss you, big guy... 





3 comments:

  1. Kurangkan berangan,bertindak kepada suatu objek,pegang rahsia kawan jgn sampai LPs walau secelah kuku.

    ReplyDelete
  2. -supaya perasaan bertambah baik dan halus.

    ReplyDelete
  3. -supaya perasaan bertambah baik dan halus.

    ReplyDelete