Saturday, May 11, 2013

Budak seni cakap "SENI"


Seperti tajuk diatas . ye, saya memang pelajar seni dari UITM. sekarang berada dalam tahun akhir dan akan tamat  hujung tahun ni... (dah bau2 graduation day) huahahaa...

Kenapa seni? ramai orang fikir yang seni ni satu bidang yang terbuka atau pun umum kepada sesiapa je. lebih kurang mcam ni la..

"Seni? seni ada banyak..seni masak,seni menjahit,seni mana satu?"

"bidang Seni? nk kerja apa nanti? penyanyi?"

"kerja meluuuukis je kan? bukan susah"

dan baaaaanyak lagi la yang biasa dengar orang ckp..tapi  berapa ramai yang sedar bahawa seni berada sangat dekat dengan mereka..baju yang mereka pakai..cantik dan unik. hiasan-hiasan di dinding2 rumah mereka.. gambar2 footgrafi yang mereka ambil hari2 pastu upload2 kat social network. (jgn pic bukan2 k.dosaa..pesanan ikhlas giteww) papan2 bilboard kat highway, design terbaru produk kasut la, makanan la, perabot la, ape la...semua tu berada dalam bidang kemahiran Seni. so,tak wajarlah seni tuu dianggap sebagai bidang yang remeh..etc: even architecture pun melukis.
sape nak tau seni tu apa.klik sini SENI?


Kebanyakan artis ataupun pelukis2  terkenal pun mampu kutip bayaran  sampai cecah jutaan ringgit untuk sesebuah karya. (mampu?) terutama bidang Seni Halus (saya dalam jurusan itu) ianya dianggap sebagai ibu segala seni atau permulaan and basic bagi menghasilkan cabang seni yang lain. terutama bagi bidang yang melibatkan teknik dan kemahiran lukisan, grafik dan lain2 untuk kerjaya mereka. Antara artis terkenal negara kita ialah Allahyarham Dato' Syed Ahmad Jamal, Amron Omar, Raja Shariman, Bayu Utomo Radjikin daaaaaaannnnnnnnnnn banyak lagi... kalau artis luar yang paling femes mesti ramai cakap Leonardo Da Vinci, Rembrandt, Pablo Picasso.. tu semua artis Seni Halus ya kawan2. nak tau lebih lanjut google je.. :)


memang betul. tapi seni yang macam mana yang kena pada tempatnya and mengikut syariat agama? klik sini untuk lebih lanjut klik Pengenalan Seni dan Seni Islam. 

sebagai contoh, kita orang islam, kita sendiri (makhluk yg bernama insan) je dah cukup membuktikan seni Allah adalah yang paling Agung. Kita sendiri xdapat nak tandingi seni Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kreatif lagi Maha Pencipta. So, jangan rosakkan seni yang Allah beri kepada kita.Bersyukur dan terima seadanya. Kita adalah sebaik-baik ciptaan oleh yang Maha Pencipta.

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahan"


Seni Islam dengan Seni Barat sangat bercanggah. Tapi hatihati dalam menilai sesebuah karya.cantik memang cantik tapi kita xtahu sama ada karya tu berlandaskan ciri2 seni islam atau tak. 

                                                    klik sini Hukum Melukis.



"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia". - Imam Al Ghazali. 



Seni tu cantik kan..and Allah sukakan perkara2 yang cantik..


Kaaba top view from Satelite..



Subhanallah....

6 comments:

  1. entri yang menarik..hmm..pernah digelar budak seni satu masa dulu..
    singgah sambil follow.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah yeke.. smua org ada basic pasal seni..since taska pon dah belajar..boleh praktik sampai besar..huhu btw, terimakasih cik intan...

      *akan difollow balik. ;)

      Delete
  2. kalau potong buah ke ape ke selalu kena kutuk dengan mak...dia cakap Nas tak berseni langsung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...xpandai jugak potong buah yg keras2 ni..hehehe :P

      Delete
  3. sy pun suka arts tp more kpd melukis. cuma blaja sendiri la

    ReplyDelete
  4. boleh share nnti letak kat entri baru..nk tengok gak lukisan tu...he

    ReplyDelete