Saturday, May 11, 2013

Kisah Anbia' PART I

hey , assalamualaikum..

saya ada buku. saya suka baca buku. buku saya warna ungu. buku saya cantik. buku saya bertajuk "KISAH TELADAN" oleh Abu Muaz. mari saya bacakan. (tulis)


tajuknya adalah............................................................................


" Si Sopak, Si Botak dan Si Buta  "

Terdapat 3 orang lelaki miskin daripada kaum 
bani israel.  Nama gelaran mereka ialah Si Sopak kerana mempunyai  penyakit kulit. Oleh itu beliau sering dipandang hina dan dijauhi masyarakat. Impiannya untuk menjadi kaya dan berkulit cantik. Si Botak pula inginkan rambut yang cantik agar dia tidak diketawakan orang lagi dan Si Buta berharap agar penglihatannya menjadi elok dan dapat melihat dunia.

Allah s.w.t telah mengutuskan malaikat untuk menguji mereka. Malaikat pun datang dalam bentuk manusia.

Malaikat datang bertemu Si Sopak dan bertanya apa yang beliau inginkan. Si Sopak menjawab " Kulit yang bersih dan sembuh dari penyakit yang menjijikkan pandangan orang ramai." Lalu malaikat pun menyapu mukanya,jadilah ia lelaki yang berkulit cantik. Kemudian malaikat bertanya lagi "Apa harta yang engkau ingin miliki?" Si Sopak inginkan Unta. Lalu malaikat memberinya seekor unta bunting dan berdoa "Semoga Allah memberkati engkau dengannya."

Kemudian malaikat bertemu Si Botak dan menanyakan perkara yang sama seperti Si Sopak. Maka jawab Si Botak. "Rambut yang cantik dan sembuh dari penyakit botak yang diketawakan oleh orang". Lalu malaikat pun menyapu kepalanya , jadilah ia insan yang gembira. Setelah ditanya harta yang ingin dimilikinya lalu malaikat pun meyerahkan seekor lembu bunting kepadanya dan berdoa " semoga Allah memberkati engkau dengannya".

Seterusnya malaikat pergi bertemu Si Buta dengan pertanyaan yang sama. jawab Si Buta dia ingin agar disembuhkan cacat penglihatannya supaya dapat melihat. Dan harta yang diinginkannya adalah kambing. Lalu malaikat pun menunaikan segala permintaannya dengan penglihatan yang baik dan seekor kambing yang bunting ,maka berbahagialah ia. 

Beberapa tahun kemudian, ternakan masing2 telah membiak dan mereka menjadi usahawan yang berjaya dan kaya. Kamudian datang lah malaikat kepada mereka semula dengan rupa seorang lelaki asing kepada Si Sopak. malaikat pun berkata " Saya seorang musafir miskin,terkandas ditengah jalan..Tiada bekalan untuk pulang melainkan pertolongan Allah dan belas kasih saudara...Demi Allah yang telah mengurniakan tuan wajah yang cantik dan harta yang mewah, semoga tuan dapat memberikan saya seekor unta supaya saya dapat meneruskan perjalanan". namun, permintaan malaikat dijawab dengan sombongnya

 "Aku banyak tanggungan dan hutang yang  mesti aku bayar. Aku tidak dapat memberi apa-apa kepada mu." Malaikat pun berpura2 bertanya " Rasanya saya pernah mengenali tuan.Bukankah dulu seorang yang miskin dan berpenyakit sopak? kemudian Allah menurunkan tuan kekayaan dan kulit cantik?" lalu Si Sopak pun terkejut dan menjawab

 " Aku mewarisi kekayaan dari datuk nenekku".
"Sekiranya tuan berdusta,semoga Allah mengembalikan tuan seperti asal"

sebaik saja malaikat pergi,maka kembalilah Si Sopak kepada keadaan asalnya yang huduh dan miskin,jijik dilihat orang serta ternakannya mati seekor demi seekor.


Seterusnya malaikat menemui Si  Botak. Malaikat juga meminta seekor lembu daripadanya namun, memberikan alasan yang sama seperti Si Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar kembalinya ia seperti sedia kala.Dirinya menjadi botak dan ternakannya mati kesemuanya.

Akhirnya malaikat pergi menemui Si Buta. Malaikat pergi menyerupai seorang fakir yang buta dan meminta tunggangan seperti sebelumnya.Lalu Si Buta berkata "Sesungguhnya aku dahulu adalah buta,kemudian Allah memulihkan pandanganku .Ambillah apa yang kamu ingini dan tinggallah apa yang kamu tidak suka.Demi Allah,aku tidak mahu menyusahkan engkau kerana apa yang engkau ambil kerana Allah s.w.t"

Malaikat pun berkata " Peliharalah baik-baik hartamu ini.Allah telah mengujimu dan engkau telah diredhai-Nya sedangkan kedua kawanmu telah gagal dan dimurkai-Nya."



*Moral : Janganlah kita sombong dan kufur terhadap apa yang kita ada.Itu semua hanyalah daripada Allah s.w.t semata-mata.

....................................................................


No comments:

Post a Comment