Friday, July 26, 2013

Mr. Vespa luka..




Darah merah pekat menitik-nitik jatuh ke lantai kuning bengkel catan.

Masing-masing terdiam. Termasuklah tuan punya jari.

Lepas tu ramai-ramai histeria. "SYAHMI !"

sorang berhenti berjalan. sorang tutup mulut. sorang pegang kepala (aku)
semua tahan nafas. Ramai-ramai berhenti bercakap.

Syah tolong kami. potong botol gam. botol plastik tebal.
Tekanan pisau menoreh benda alah tu mesti kena padu. sekali tersasar. terlajak ke tangan sendiri.

kedalaman luka tak pasti. tapi apa yang pasti ianya nampak SAKIT.

Syah muka biasa. bangun. lari sambil senyum pergi sinki. cuci

aku muka dah rasa macam takde darah bila tengok insiden ni. ngeri dia..

cepat-cepat aku cari wallet.

"Pergi tengok dia, Zahin !" Dila kata.

aku pun "oh..haa haa..."
sambil-sambil aku pun lari pergi keluar dari bengkel. sempat aku toleh jeling Syah kat sinki tu.

Aku tak pergi dekat dia.. aku lari naik kolej. beli handyplast kat koperasi.
 orang sekeliling tengok aku.

" Ada apa ye orang lari puasa-puasa ni?? " (suka hati aku je baca fikiran orang)

peduli orang fikir apa. sebab ada nyawa yang perlu aku selamatkan. TUDIA

sampai koperasi. cari-cari handyplast. jumpa. nak bayar termengah-mengah.

"Kak bayar kak... kak bayar~~ kak.." mugkin diorang tak layan suara orang semput.

Aku patah balik ke bengkel pun berlari.  
orang ramai tengok aku macam ada event 'Larian amal sempena Ramadhan Al-Mubarak'


Sampai-sampai je bengkel nampak Syah kat luar. siap pakai jaket. menuju ke motor.

dalam hati aku "Eh nak balik dah dia..? merajuk ke?"

Syah nampak aku. aku tanya nak pergi mana.

"Nak pergi UK jap"

(Unit Kesihatan yeh...)

Aku bagi handyplast tu kat dia. dia cakap terima kasih dan aku terus masuk bengkel balik.
tak berani nak lama-lama. serba salah ..

tuan punya vespa pergi UK daa...

Dalam kelas masing-masing masih bercerita insiden tadi. 
Masing-masing sambil mengecat kanvas, masih meluahkan rasa serba salah yang sama .

Aku kerat kanvas lebihan. Zara bagi kertas tak pakai.
aku lap darah Syah yang tadi menitik kat lantai.

Aku tengok dengan penuh tragis. macam ada kes pembunuhan depan mata.
aku pegang darah manusia lain~ 

dengan darah yang macam ni punya banyak padan lah dia pergi UK. macam dalam je. takut biar melarat bernanah pulak. adoi adoi.

Syah dah balik. aku tanya "Ok dah ke? kene jait tak?"

"Tak lah. Terbelah je"

Syah senyum.

Lega hati masing-masing.

*Terima kasih kawan, kerana membantu..
  Maaf kawan, kerana menyusahkan..
  Maaf semua, bahasa saya...melayu dia..~~.agak er..  indie ?

3 comments:

  1. follow sini..
    http://kisahnadiah.blogspot.com/2013/07/giveawaymy-first-giveaway-for-ramadhan.html

    ReplyDelete
  2. insiden ape ni? tak de dgr pn...

    ReplyDelete
  3. hahaha...perkara kecik je...
    kat bengkel tak kecoh pon...hahaha

    ReplyDelete